YBhg Tuan Ean Yong Hian Wah adalah seorang ahli politik Malaysia dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) berbangsa Cina dan juga merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor. Beliau merupakan ADN Seri Kembangan. [1]

Ybhg Tuan

Ean Yong Hian Wah
Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang
Memegang jawatan
2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriLoke Siew Fook
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Seri Kembangan
Dalam jawatan
2008–2023
Didahului oleh Liew Wuen Keong
Digantikan oleh Wong Siew Ki
Majoriti31,145 (PRU-14)
22,078 (PRU-13)
7,244 (PRU-12)
Butiran peribadi
Parti politik

Isu dan kontroversi sunting

Cedera akibat ditumbuk sunting

Pada 6 April 2012, kira-kira jam 12.10 pagi ketika beliau baru selesai menghadiri perbincangan dan makan malam di restoran Jalan Sekolah, Kampung Baru Seri Kembangan, beliau cedera ditumbuk, dipercayai oleh dua lelaki selepas selesai makan di sebuah restoran itu berada di dalam lingkungan Seri Kembangan, Selangor. Difahamkan beliau mengenali lelaki yang menumbuknya dan insiden berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan Selangor memindahkan peniaga-peniaga pasar Seri Kembangan yang mana peniaga berkenaan dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memindahkan penjaja haram pasar lama Seri Kembangan yang ditempatkan semula di pasar rakyat Jalan SK 6/1.[2]


Rujukan sunting

Pautan luar sunting