Elham Al-Qasimi merupakan peluncur wanita berusia 27 tahun dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi wanita pertama dari dunia Arab sampai ke Kutub Utara pada 24 April 2010.

Biodata sunting

Elham dilahirkan di Dubai pada Julai 1982 tetapi tinggal di Amerika Syarikat sehingga berusia 12 tahun.Belajar di Universiti Amerika di Dubai dan memperoleh ijazah dalam perniagaan dan pemasaran pada 2004. Dia memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari London School of Economics. Kemudian bekerj di firma J.P. Morgan serta Impetus Trust sebagai pengurus pelaburan.

Ekspedisi Kutub Utara sunting

Akhbar 'The National" melaporkan bahawa Elham Al-Qasimi, menaiki helikopter ke Longyearbyen di Norway. Ekspedisi itu tanpa bantuan itu dipantau oleh rakan dan penyokong wanita berkenaan menerusi jurnal dalam laman webnya.[1]

Rujukan sunting