Enjin pesawat merupakan sebuah komponen dalam sistem dorongan untuk pesawat udara. Enjin pesawat hampir kebiasaannya sama ada enjin piston ringan atau turbin gas. Artikel ini akan memberi gambaran keseluruhan jenis-jenis asas enjin pesawat dan konsep rekabentuk yang digunakan dalam pembangunan enjin untuk pesawat.

Enjin sebaris songsang, 6-silinder, penyejukan udara - Ranger L-440 yang digunakan pada pesawat Fairchild PT-19.
Enjin putar pada pesawat Le Rhone 9C.
Sebuah enjin jenis-V, pneyejukan cecair - Allison V-1710.
Sebuah enjin jejari.
Enjin turboprop Garrett TPE-331. Perhatikan kotak giar di hadapan enjin.
Enjin turboshaft Rolls-Royce Model 250 menjadi satu kelaziman pada banyak jenis helikopter.

Sejarah enjin pesawatSunting

  • 1633: Lagari Hasan Çelebi berlepas dengan menggunakan roket berbentuk kon, kemudian meluncur dengan menggunakan sayap dan berjaya mendarat dengan selamat.
  • 1848: John Stringfellow membina enjin wap yang boleh menjana model, meskipun dengan beban yang kecil.
  • 1903: Wright Bersaudara mengarahkan Charlie Taylor bagi membina enjin udara sebaris (12 kuasa kuda) untuk Wright Flyer.
  • 1908: René Lorin mematenkan rekabentuk enjin ramjet.
  • 1909: Enjin putar Gnôme ciptaan Roger Ravaud yang dipasang pada pesawat Henry Farman telah memenangi Grand Prix untuk penerbangan tanpa henti paling jauh - 180 kilometer (110 batu) - dan telah mencipta rekod dunia untuk penerbangan lasak.
  • 1911: Enjin putar ciptaan Adams-Farwell dipasang pada pesawat kepak kaku di Amerika Syarikat.
  • 1916: Auguste Rateau mencadangkan penggunaan pemampat berkuasa ekzos bagi menambahbaik prestasi di aras tinggi, ia merupakan contoh pertama pengecas turbo.
  • 1930: Frank Whittle telah menghantar paten pertama beliau.
  • 1938: Turbojet Heinkel HeS 3 Jerman memacu pesawat Heinkel He 118 ke udara.
  • 1939-1942: Pesawat turboprop pertama di dunia Jendrassik Cs-1 telah direka oleh jurutera mekanik Hungary György Jendrassik.
  • 1944: Messerschmitt Me 163 Komet, pesawat berkuasa roket pertama di dunia dibina.
  • 1947: Pesawar berkuasa roket, Bell X-1 melepasi kelajuan bunyi.
  • 1948: Enjin turboshaft pertama, berkuasa 100 shp 782. Pada 1950, rekaan ini digunakan bagi membangunkan enjin yang lebih besar, Artouste yang boleh menghasilkan kuasa sebanyak 280shp.
  • 1949: Pesawat berkuasa ramjet pertama di dunia, Leduc 010 diterbangkan.
  • 1950(late): Turbofan pengeluaran pertama di dunia, Rolls-Royce Conway mula digunakan.
  • 1960s: TF39 turbofan bersaluran tinggi mula digunakan dan mampu memberi lebih tujahan dan kecekapan yang lebih baik.
  • 1960s: Pesawar roket, X-15 terbang dengan ketinggian lebih dari 50 batu pada kelajuan 3,000 bsj.
  • 2002: Scramjet HyShot terbang dalam menjunam.
  • 2004: Hyper-X, scramjet pertama berupaya kekal pada ketinggian.

Jenis-jenis enjinSunting

Rekabentuk baruSunting

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting