Ernő Rubik

Pereka teka teki, Kiub Rubik
Bentuk asal nama individu ini adalah Rubik Ernő. Rencana ini menggunakan susunan nama Barat.

Ernő Rubik (lahir 13 Julai, 1944) adalah seorang pencipta, pengarca dan professor senibina yang berasal dari Hungary. Beliau dikenali kerana mencipta teka teki mekanikal termasuk kiub Rubik, Silap mata Rubik, Ular Rubik dan Rubik's 360.

Ernő Rubik
Kelahiran (1944-07-13) 13 Julai 1944 (umur 79)
Terkenal keranaPereka teka teki, Kiub Rubik

Kehidupan dan karier sunting

Ernő Rubik telah dilahirkan di Budapest, Hungary pada 13 Julai, 1944, semasa Perang Dunia II. Bapa beliau, Ernő Rubik, adalah seorang jurutera penerbangan di kilang pesawat, Esztergom, dan ibu beliau, Magdolna Szanto, adalah seorang penyair.[1] Beliau mendapat ijazah daripada Universiti Teknikal, Budapest (Műszaki Egyetem) pada taun 1967 sebagai seorang jurutera senibina dan melanjutkan pelajaran dalam pengarcaan dan senibina dalaman. Bermula tahun 1971 hingga 1975 beliau bekerja sebagai arkitek, kemudian menjadi professor di Kolej Seni Gunaan Budapest (Iparművészeti Főiskola). Beliau menghabiskan keseluruhan hidup beliau di Hungary.

Rujukan sunting

  1. ^ International Who's Who 2000. Europa. 1999. m/s. 1342. ISBN 1857430506. Cite has empty unknown parameters: |coauthors= dan |month= (bantuan)

Pautan luar sunting