Buka menu utama

Esztergom (sebutan Hungary: [ˈɛstɛrɡom] Mengenai audio ini dengar , Bahasa Jerman: Gran, Bahasa Slovak: Ostrihom, dikenali dengan nama-nama alternatif), adalah sebuah bandar yang terletak di utara Hungary, 46 kilometer (29 batu) barat laut ibu negara Budapest. Ia terletak dalam kaunti Komárom-Esztergom, di tebing kanan sungai Danube, yang membentuk sempadan dengan negara Slovakia.

Esztergom
Atas-kiri:Pintu Gelap, Atas-kanan atas:Katedral Esztergon, Atas-kanan bawah:Pusat Konvesyen Saint Adalbert, Tengah-kiri:Kis-Duna Setany (Danube Promenade Kecil), Tengah-kanan:Dataran Saint Stephen, Bawah:Istana kota Bukit Esztergon dan Sungai Danube
Atas-kiri:Pintu Gelap, Atas-kanan atas:Katedral Esztergon, Atas-kanan bawah:Pusat Konvesyen Saint Adalbert, Tengah-kiri:Kis-Duna Setany (Danube Promenade Kecil), Tengah-kanan:Dataran Saint Stephen, Bawah:Istana kota Bukit Esztergon dan Sungai Danube
Bendera Esztergom
Flag
Mohor rasmi Esztergom
Mohor
Panggilan: 
Rome Hungary, Sion Hungary,
Kota St. Stephen
Esztergom yang terletak di Hungary
Esztergom
Esztergom
Koordinat: 47°47′8″N 18°44′25″E / 47.78556°N 18.74028°E / 47.78556; 18.74028
Negara Hungary
KauntiKomárom-Esztergom
Ditubuhkansekitar tahun 972
Ibu negara Hungary972-1249
Kerajaan
 • Datuk BandarEtelka Romanek (Fidesz-KDNP) (2014-)
Keluasan
 • Jumlah100.35 km2 (38.75 batu persegi)
Penduduk
(2014)
 • Jumlah28,412
 • Kepadatan308.2/km2 (798/batu persegi)
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
Poskod
2500-2509
Kod kawasan33
Laman webwww.esztergom.hu

Esztergom merupakan ibu negara bagi Hungary bermula pada kurun ke-10 sehingga pertengahan kurun ke-13 apabila Raja Béla IV dari Hungary memindahkan ibu negara ke Buda.

Esztergom merupakan tempat bagi para prímás (lihat Primate) dari Gereja Katolik Rom di Hungary, dan bekas kedudukan Mahkamah Perlembagaan Hungary. Kota ini juga memiliki Keresztény Múzeum, koleksi ecclesiastical terbesar di Hungary. Katedralnya, Basilika Esztergom merupakan gereja terbesar di Hungary.