Erythropitta adalah satu genus burung pitta. Anggota dalam genus kebanyakan boleh ditemui Asia Tenggara, dengan satu spesies, Pacat Papua, bertebaran sehingga ke timur laut Australia. Genus ini dahulunya digabungkan dengan genus yang lebih besar Pitta, akan tetapi satu kajian pada tahun 2006 telah memisahkan keluarga ini kepada tiga genera.

Erythropitta
Pacat Jambul Hitam, Erythropitta ussheri
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Keluarga: Pittidae
Genus: Erythropitta
Bonaparte, 1854
Spesies

Lihat teks.

Taksonomi

sunting

Pada satu ketika, semua pitta diletakkan dalam genus Pitta, satu-satunya genus dalam keluarga Pittidae, akan tetapi satu kajian pada tahun 2006 mendapati bahawa pitta membentuk tiga kumpulan berasingan. Genus ini kemudian dipisahkan dan beberapa spesies dipindahkan ke dalam dua genera ini, Erythropitta dan Hydrornis.[1] Genus Erythropitta diperkenalkan pada tahun 1854 oleh ahli alam semulajadi Perancis Charles Lucien Bonaparte.[2] Spesies sejenis yang mana kemudian ditandakan sebagai Pacat Papua (Erythropitta macklotii).[3] Nama Erythropitta menggabungkan perkataan Greek Purba eruthros "merah" dengan nama genus Pitta.[4]

Pitta dalam genus ini mempunyai warna bulu bahagian bawah berwarna merah atau merah lembayung, belakang berwarna kehijauan atau kebiruan dan ekor pendek. Ia biasanya bersaiz kecil.[1]

Spesies

sunting

Genus ini mengandungi 15-17 spesies:[5]

Imej Nama sains Nama biasa Taburan
  Erythropitta kochi Pacat Koch (Pacat Jambang) Luzon di Filipina.
  Erythropitta erythrogaster Pacat Filipina Filipina.
Erythropitta dohertyi Pacat Sula Kepulauan Sula dan Banggai
  Erythropitta celebensis Pacat Sulawesi Sulawesi, Manterawu, dan Kepulauan Togian
Erythropitta palliceps Pacat Siau Siau, dan Tagulandang
Erythropitta caeruleitorques Pacat Sangihe Kepulauan Sangihe, Indonesia
Erythropitta rubrinucha Pacat Maluku Selatan Buru dan Seram di Indonesia.
Erythropitta rufiventris Pacat Maluku Utara utara Maluku
Erythropitta meeki Pacat Louisiade Kepulauan Louisiade di Papua New Guinea
Erythropitta novaehibernicae Pacat Bismarck Wilayah New Ireland di Papua New Guinea
Erythropitta splendida Pacat Tabar Kepulauan Tabar di Papua New Guinea, beberapa pihak berkuasa masih menganggap ia sebagai satu subspesies bagi Pacat Bismarck
Erythropitta gazellae Pacat New Britain New Britain di Papua New Guinea, beberapa pihak berkuasa masih menganggap ia sebagai satu subspesies bagi Pacat Bismarck
  Erythropitta macklotii Pacat Papua Kepulauan Aru, New Guinea
  Erythropitta arcuata Pacat Belang Biru Borneo
  Erythropitta granatina Pacat Garnet Brunei, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Singapura, dan Thailand.
  Erythropitta venusta Pacat Graceful Sumatra, Indonesia
  Erythropitta ussheri Pacat Jambul Hitam Sabah, Malaysia (utara pulau Borneo)
Siulan seekor Pacat Jambul Hitam (E. ussheri) yang bertenggek di Lembah Danum, Sabah

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Irestedt, M.; Ohlson, J.I.; Zuccon, D.; Källersjö, M.; Ericson, P.G.P. (2006). "Nuclear DNA from old collections of avian study skins reveals the evolutionary history of the Old World suboscines (Aves: Passeriformes)" (PDF). Zoologica Scripta. 35: 567–580. doi:10.1111/j.1463-6409.2006.00249.x.
  2. ^ Bonaparte, Charles Lucien (1854). L'Ateneo Italiano; raccolta di documenti e memorie relative al progresso delle scienze fisiche compilato da S. de Luca e D. Müller. 2. Paris: Masson. m/s. 317.
  3. ^ Gray, George Robert (1855). Catalogue of the Genera and Subgenera of Birds Contained in the British Museum. London: British Museum. m/s. 144.
  4. ^ Jobling, J.A. (2018). del Hoyo, J.; Elliott, A.; Sargatal, J.; Christie, D.A.; de Juana, E. (penyunting). "Key to Scientific Names in Ornithology". Handbook of the Birds of the World Alive. Lynx Edicions. Dicapai pada 13 January 2019.
  5. ^ Gill, Frank; Donsker, David, penyunting (2019). "NZ wrens, broadbills, pittas". World Bird List Version 8.2. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 13 January 2019.