Tetabu Kanak (burung)

(Dilencongkan dari Eurostopodus exul)

Tetabu Kanak (Eurostopodus exul) ialah spesies tukang yang kurang dikenali dalam keluarga Caprimulgidae. Ia endemik kepada Caledonia Baharu.

Tetabu Kanak

Terancam teruk, mungkin pupus  (IUCN 3.1)[1]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Caprimulgiformes
Keluarga: Caprimulgidae
Genus: Eurostopodus
Spesies:
E. exul
Nama binomial
Eurostopodus exul
(Mayr, 1941)

Pemerihalan sunting

Ia mempunyai buluan kelabu keperakan dengan tompok dan jalur gelap dan gombak kehitaman dan bahagian bawah perang kelabu gelap dengan tompok leher putih kecil.

Pemuliharaan sunting

Ia dianggap mungkin pupus, kerana ia hanya diketahui dari galajenis yang dikumpul pada tahun 1939. Spesimen tersebut diambil di savana pantai. Terdapat kemungkinan spesies tersebut mengalami penurunan populasi yang disebabkan oleh pemangsaan oleh kucing dan tikus yang diperkenalkan, di samping pemusnahan habitat.

Rujukan sunting

  1. ^ BirdLife International (2017). "Eurostopodus exul". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. IUCN. 2017: e.T22726340A113023870. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-1.RLTS.T22726340A113023870.en. Dicapai pada 15 January 2018.