Eva Chen (lahir 24 September 1979) ialah pengarah fesyen di Instagram,[1] dan penulis buku kanak-kanak.[2] Beliau sebelum ini ialah ketua pengarang Lucky,[3] dan pengarah untuk Teen Vogue.[4]

Eva Chen
Chen pada Paris Fashion Week 2019
Pusat pendidikanUniversiti Johns Hopkins
PekerjaanPenyunting Fesyen
OrganisasiInstagram
Terkenal keranaPenyunting Lucky
Kampung asalBandar Raya New York
PasanganThomas Bannister
Anak-anak2

Kehidupan awal sunting

Chen membesar di New York. Ibu bapanya berasal dari Taipei dan Shanghai. Beliau menyatakan minatnya pada dunia fesyen ialah pengaruh dari ibunya.[5] Chen bersekolah di Brearley School, kemudian melanjutkan ke Universiti Johns Hopkins di mana beliau belajar untuk menjadi doktor.[6][7]

Kerjaya sunting

Di kolej, Chen ialah pelatih untuk majalah fesyen Harper's Bazaar. Pada tahun 2000, beliau cuba mencari kerja dalam majalah fesyen, tetapi pada masa itu banyak majalah yang diisytiharkan muflis kerana kemelesetan, maka beliau tidak dapat mencari pekerjaan. Pada tahun 2001, beliau bekerja untuk sebuah firma undang-undang selama sembilan bulan dan kemudian berhenti. Beliau kemudian mula mencari kerja untuk majalah fesyen sekali lagi. Setahun selepas itu, beliau mendapat pekerjaan sebagai pembantu gaya fesyen untuk majalah Lucky dari seseorang yang dikenalinya ketika beliau masih sebagai seorang pelatih di Harper's Bazaar.[8]

Beliau kemudian ditawarkan untuk bekerja dengan Carlyne Cerf de Dudzeele di jabatan kecantikan dan fesyen untuk Elle.[9] Semasa bekerja di sini, Chen menyedari bahawa beliau lebih berminat dengan bahagian penerbitan yang bekerja sebagai pereka fesyen. Beliau kemudian meninggalkan Elle pada tahun 2005 untuk menyertai Teen Vogue. Amy Astley, ketua pengarang Teen Vouge pada masa itu, meminta Chen untuk menjadi penyunting untuk jabatan kecantikan. Chen bekerja untuk Teen Vogue sehingga 2012. Semasa bekerja dengan Teen Vogue, beliau berpeluang bekerja dengan Pat McGrath dan Guido Palau.[8]

Dari 2012 hingga 2013, beliai memutuskan untuk menjadi penulis kerana suaminya mempunyai projek Los Angeles. Beliau kemudian menulis artikel untuk Vogue Amerika Syarikat, Vogue China, Wall Street Journal, The New York Times, dan Net-A-Porter.[10] Beliau juga bekerja sebagai perunding di majalah Lucky, bekerja sama dengan pengarah artistik Vogue Amerika Syarikat, Anna Wintour. Wintour kemudian memintanya untuk menjadi ketua pengarang untuk Lucky pada 2013. Di Lucky, Chen ialah ketua pengarang termuda dalam sejarah majalah di Amerika Syarikat.[11][12]

Pada tahun 2014, Chen menubuhkan bersama Lucky Group, sebuah kerja sama antara Condé Nast dan platform e-dagang, BeachMint, yang meletakkan Lucky sebagai platform e-dagang digital pertama oleh media cetak fesyen dengan kandungan digital. [9] Kemudian pada tahun 2015, beliqu memutuskan untuk meninggalkan Lucky untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarganya.[8]

Selepas itu, beliau menyertai Instagram, yang dimiliki oleh Facebook, membantu mengembangkan komuniti fesyen mereka untuk menceritakan kisah mereka dengan lebih baik. Salah satu tugasnya juga untuk membangunkan perkongsian antara Instagram dan jenama fesyen lain. Beliau juga telah melancarkan sejumlah ciri-ciri untuk mendorong fesyen e-dagang di Instagram.[13][14][15]

Chen juga seorang penulis buku dan telah menulis tiga buku kanak-kanak, semuanya diilustrasikan oleh Derek Desierto,[16][17] Juno Valentine and the Magical Shoes (2018), A Is for Awesome: 23 Iconic Women Who Changed the World (2019), dan Juno Valentine and the Fantastic Fashion Adventure (2019).[18]

Kehidupan peribadi sunting

Pada tahun 2000, Chen belajar selama setahun di Universiti Oxford, England, di mana beliau bertemu dengan suaminya, Thomas Bannister.[8][19] Mereka kemudian kembali ke New York. Beliau juga memiliki ijazah sarjana untuk kewartawanan dari Universiti Columbia.[9] Chen dan Bannister memiliki dua anak bersama, Ren dan Tao, masing-masing dilahirkan pada tahun 2015 dan 2017.[20]

Rujukan sunting

  1. ^ Armstrong, Lisa (2016-03-02). "Eva Chen on how Instagram made the fashion world more friendly". The Telegraph (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0307-1235. Dicapai pada 2020-04-11.
  2. ^ Taylor, Elise. "Eva Chen Is Writing a Children's Book". Vogue (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-11.
  3. ^ Wang, Connie. "Eva Chen Out At The Lucky Group". www.refinery29.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-11.
  4. ^ "The Creative Class | Eva Chen, Editor". The Business of Fashion (dalam bahasa Inggeris). 2013-08-16. Dicapai pada 2020-04-11.
  5. ^ Meltzer, Marisa (2013-08-14). "Eva Chen, Trending Now at Lucky Magazine". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2020-04-11.
  6. ^ Le, Vanna. "Channeling Chen: How Condé Nast's Youngest Editor Is Making Normalcy And Failure Cool". Forbes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-11.
  7. ^ "Eva Chen Biography | Johns Hopkins Alumni". alumni.jhu.edu. Dicapai pada 2020-04-11.
  8. ^ a b c d Dash, Kristie. "Meet Fashion's coolest girl boss Eva Chen". Glamour UK. Dicapai pada 2020-04-11.
  9. ^ a b c "Eva Chen is part of the BoF 500". The Business of Fashion (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-11.
  10. ^ "Eva Chen | Authors | Macmillan". US Macmillan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-11.
  11. ^ Roettgers, Janko; Roettgers, Janko (2015-07-17). "Instagram Hires Former Lucky Magazine Editor as Fashion Liaison". Variety (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-11.
  12. ^ "Eva Chen, the Anna Wintour of the digital age? - Telegraph". fashion.telegraph.co.uk. Dicapai pada 2020-04-11.
  13. ^ Yi, David. "Instagram infiltrate fashion by hiring former Lucky editor-in-chief". Mashable (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-11.
  14. ^ "Instagram users can now buy influencer looks. Eva Chen explains why". Vogue Business (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-11.
  15. ^ "Instagram Hones in on Publishers' Turf With Shopping Recommendations". The Business of Fashion (dalam bahasa Inggeris). 2019-05-09. Dicapai pada 2020-04-11.
  16. ^ "When first-time illustrator Derek Desierto met fashion icon Eva Chen". Quill and Quire. 2018-11-12. Dicapai pada 2020-04-11.
  17. ^ "Eva Chen". www.goodreads.com. Dicapai pada 2020-04-11.
  18. ^ "Eva Chen | Authors | Macmillan". US Macmillan (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-11.
  19. ^ "Eva Chen (@evachen212) • Instagram photos and videos". www.instagram.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-11.
  20. ^ Benveniste, Alexis (2017-03-01). "Eva Chen introduces newborn son to the world". Page Six (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-11.