Ex tunc ialah istilah undang-undang yang berasal dari bahasa Latin yang bermaksud "dari awal". Istilah ini merupakan lawan dari ex nunc, yang bermaksud "dari sekarang". Contoh penggunaan kedua istilah ini dapat ditemui dalam undang-undang perjanjian: pembatalan suatu perjanjian dapat dilakukan secara ex nunc (dari sekarang) atau ex tunc, yang bermaksud bahawa perjanjian tersebut dianggap tidak pernah ada sedari awal.

Contoh lain penggunaan istilah ex tunc ialah ketika keadilan gereja memperoleh hak untuk membatalkan perkahwinan secara ex tunc sejak Kaunsel Trento 1582. Perkahwinan yang dibatalkan secara ex tunc dianggap tidak pernah ada oleh gereja, sehingga kedua belah pihak dalam perkahwinan yang telah dibatalkan tersebut boleh berkahwin lagi, sementara jika mereka bercerai dan perkahwinannya dibatalkan secara ex nunc, undang-undang gereja tidak mengakui perceraian dan tidak membenarkan mereka untuk berkahwin lagi.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "ex tunc: Definition, Begriff und Erklärung im JuraForum.de". JuraForum.de (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 2021-05-09.