FPSO Kikeh adalah merupakan sebuah kemudahan Pengeluaran, Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (bahasa Inggeris: Floating, Production, Storage and Offloading atau FPSO) milik MISC Berhad, akan tetapi operasi dan peyelenggaraannya dikontrakkan kepada FPSO Ventures Sdn Bhd. FPSO Kikeh terletak kira-kira 120 kilometer ke arah barat daya pulau Borneo pada kedalaman laut kira-kira 1,320 meter di bawah aras laut. Ia memiliki kapasiti untuk menyimpan minyak mentah sebanyak 2 juta tong. Ia juga merupakan FPSO laut dalam pertama di Malaysia dan Asia yang digunakan.

FPSO Kikeh. Kredit MISC.

Sejarah sunting

FPSO Kikeh telah ditempatkan pada kedudukannya sekarang pada 14 April, 2007 dan menerima minyak mentah pertama daripada lapangan minyak Kikeh pada 17 Ogos, 2007.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.