Fabián Ruiz Peña (Sebutan Sepanyol: [faˈβjan rwiθ ˈpeɲa]; lahir 3 April 1996), atau hanya dikenali sebagai Fabián, merupakan seorang pemain bola sepak Sepanyol yang beraksi di posisi pemain tengah untuk kelab Perancis, Paris Saint-Germain dan pasukan kebangsaan Sepanyol. Seorang pemain yang menggunakan kaki kiri, Ruiz merupakan seorang pemain yang memiliki kemahiran menghantar bola, kawalan bola dan menggelecek yang baik.

Fabián
Maklumat peribadi
Nama penuh Fabián Ruiz Peña
Tarikh lahir (1996-04-03) 3 April 1996 (umur 28)
Tempat lahir Los Palacios y Villafranca, Sepanyol
Ketinggian 1.89 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Paris Saint-Germain
Nombor 8
Kerjaya remaja
Los Palacios
2004–2014 Betis
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014–2016 Betis B 23 (3)
2014–2018 Betis 56 (3)
2017Elche (pinjam) 18 (1)
2018–2022 Napoli 125 (18)
2022– Paris Saint-Germain 30 (3)
Pasukan kebangsaan
2015 Sepanyol B19 2 (0)
2017–2019 Sepanyol B21 14 (5)
2019– Sepanyol 19 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 01:07, 27 Ogos 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:59, 18 Jun 2023 (UTC)

Sejak Jun 2019, beliau telah mewakili pasukan Sepanyol untuk perlawanan antarabangsa.

Kerjaya kelab sunting

Betis sunting

Kerjaya awal sunting

Fabián menyertai akademi Real Betis pada tahun 2004 semasa beliau baru berusia lapan tahun. Sebelum ini, beliau merupakan pemain di akademi EF La Unión de Los Palacios.[1] Beliau telah ditawarkan ke pasukan simpanan Real Betis pada Julai 2014[2] dan melakukan penampilan sulungnya pada 21 September ketika menjadi pemain gantian pada separuh masa kedua dalam aksi Segunda División B menentang Marbella.[3]

Fabián beraksi dalam penampilan pertamanya untuk pasukan senior pada 16 Disember dengan menggantikan Xavi Torres pada minit ke-51 permainan ketika menentang Lugo.[4] Beliau seterusnya beraksi dalam enam perlawanan pada musim itu yang menyaksikan pasukannya dinobatkan sebagai juara liga dan layak ke La Liga untuk musim depan.

Fabián telah melakukan penampilan sulungnya di La Liga pada 23 Ogos 2015 selepas menggantikan Alfred N'Diaye semasa pasukannya menentang Vilarreal.[5]

Elche sunting

Pada 23 Disember 2016, beliau telah melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2019. Beliau kemudiannya dipinjamkan ke Elche yang beraksi di divisyen kedua Sepanyol.[6] Beliau telah menjaringkan gol pertamanya dalam kariernya pada 17 Mac 2017 ketika pasukannya melakar kemenangan ke atas Gimnàstic de Tarragona 3–1.

Fabián telah melakukan 18 penampilan bersama Elche, namun malangnya pasukannya berdepan penyingkiran daripada liga.

Penonjolan sunting

Sekembalinya ke Betis, Fabián menjadi tonggak utama pasukan di bawah kendalian pengurus baru Quique Setién. Beliau berjaya menjaringkan gol sulungnya di La Liga pada 25 September 2017 ketika pasukannya menundukkan Levante 4–0. Pada 31 Januari 2018, beliau telah melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2023 dan telah meletakkan klausa pembeliannya sebanyak 30 juta.[7]

Pada 30 April 2018, Fabián menjaringkan gol kemenangan Betis dalam aksi kelayakan Liga Europa bagi musim 2018-19 semasa menentang Málaga.[8]

Napoli sunting

Pada 5 Julai 2018, Fabián telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Itali, Napoli dengan bayaran perpindahan yang dilaporkan bernilai €30 juta.[9][10] Beliau telah melakukan penampilan sulungnya untuk Napoli pada 16 September ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang Red Star Belgrade dengan beraksi sehingga minit ke-90.[11] Sepuluh hari kemudian, beliau beraksi dalam perlawanan pertamanya di Serie A ketika pasukannya menewaskan Parma 3–0 di gelanggang sendiri.[12]

Kerjaya antarabangsa sunting

Selepas mewakili pasukan Sepanyol di peringkat bawah-19 dan bawah-21 Sepanyol, Fabián telah dipanggil oleh pengurus skuad senior, Luis Enrique pada 15 Mac 2019 untuk menghadapi dua perlawanan kelayakan Euro 2020 iaitu menentang Norway dan Malta.[13]

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk skuad senior pada 7 Jun 2019 ketika aksi kelayakan Euro 2020 menentang Kepulauan Faroe selepas menggantikan Isco pada minit ke-74 permainan.[14]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 22 September 2019[15]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Real Betis B 2014–15 19 1 19 1
2015–16 4 2 4 2
Jumlah 23 3 23 3
  Real Betis 2014–15 6 0 0 0 6 0
2015–16 12 0 2 0 14 0
2016–17 4 0 1 0 5 0
2017–18 34 3 1 0 35 3
Jumlah 56 3 4 0 60 3
  Elche 2016–17 18 1 18 1
  Napoli 2018–19 27 5 2 1 11 1 40 7
2019–20 4 1 0 0 1 0 5 1
Jumlah 31 6 2 1 12 1 45 8
Jumlah kerjaya 128 13 6 1 12 1 146 15

Antarabangsa sunting

Sehingga 5 September 2019
Pasukan kebangsaan Sepanyol
Tahun Kmncln Gol
2019 3 0
Jumlah 3 0

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Betis

Antarabangsa sunting

Sepanyol B21

Individu sunting

Catatan sunting

  1. ^ "Fabián sigue quemando etapas rumbo a la elite" [Fabián keeps on skipping stages towards the elite] (dalam bahasa Sepanyol). Estadio Deportivo. 20 November 2014. Dicapai pada 14 December 2014.
  2. ^ "Fabián y Gavi, dos palaciegos en el futuro del Betis" [Fabián and Gavi, two Palaciegos in Betis' future] (dalam bahasa Sepanyol). Cuenta con la Cantera. 16 September 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 November 2017. Dicapai pada 14 December 2014.
  3. ^ "El Marbella golea a domicilio al Betis B" [Marbella thrashes Betis B away from home] (dalam bahasa Sepanyol). Diario Sur. 21 September 2014. Dicapai pada 17 December 2014.
  4. ^ "El Betis derriba el fortín del Lugo y se acerca a zona de ascenso" [Betis breaks down Lugo's fortress and draws near the promotion zone] (dalam bahasa Sepanyol). Marca. 13 December 2014. Dicapai pada 17 December 2014.
  5. ^ "Rubén Castro llega justo a tiempo" [Rubén Castro arrives just in time] (dalam bahasa Sepanyol). Marca. 24 August 2015. Dicapai pada 1 September 2015.
  6. ^ "Fabián extends his contract and goes on loan to Elche CF". Real Betis. 23 December 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 August 2017. Dicapai pada 25 December 2016.
  7. ^ "El Betis hace oficial la renovación de Fabián Ruiz hasta 2023" [Betis turn official the renewal of Fabián Ruiz until 2023] (dalam bahasa Sepanyol). Marca. 31 January 2018. Dicapai pada 15 March 2019.
  8. ^ "Betis qualify for the Europa League with win over Malaga". Marca. 30 April 2018. Dicapai pada 5 July 2018.
  9. ^ "Napoli Confirm Signing of Real Betis Talent Fabian Ruiz on Long Term Contract". Sports Illustrated. 5 July 2018. Dicapai pada 5 July 2018.
  10. ^ "Official: Napoli pay Ruiz clause". Football Italia. 5 July 2018. Dicapai pada 5 July 2018.
  11. ^ "Le formazioni ufficiali di Stella Rossa-Napoli: Milik titolare, debutta Fabian Ruiz" [Official line-ups for Red Star-Napoli: Milik starter, Fabián Ruiz debuts] (dalam bahasa Italian). Eurosport. 18 September 2018. Dicapai pada 17 May 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  12. ^ "Fabian Ruiz, l'esordio al San Paolo: prestazione brillante e priva di errori" [Fabián Ruiz, debut at the San Paolo: brilliant performance and devoid of errors] (dalam bahasa Italian). Napoli Calcio Live. 27 September 2018. Dicapai pada 17 May 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  13. ^ "OFFICIAL | Call-up for the first two EURO Qualifier matches". SeFutbol. 15 March 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-27. Dicapai pada 15 March 2019.
  14. ^ "Faroe Islands v Spain game report". UEFA. 7 June 2019.
  15. ^ Biodata Fabián di Soccerway. Capaian 11 August 2017.
  16. ^ "Spain U21 2–1 Germany U21". 30 June 2019. Dicapai pada 1 July 2019.
  17. ^ "Official Under-21 Team of the Tournament". UEFA. 1 July 2019. Dicapai pada 2 July 2019.

Pautan luar sunting