Fayruz al-Daylami
(Dilencongkan dari Fairuz Ad-Dailami)
BiodataSunting
Fairuz merupakan seorang pemuda yang berketurunan Arab-Parsi. Ibunya merupakan seorang Arab manakala bapanya pula berketurunan Parsi yang berasal dari Yaman mempunyai pengaruh yang luas. Dari sebelah bapanya beliau termasuk dalam kelompok Parsi elit yang dipanggil golongan suku kaum Abna.
Jasa dan PerjuangannyaSunting
Fairuz berjasa besar dalam mengekalkan keamanan di dalam negara Islam. Antara jasanya yang diingati umat Islam adalah dengan membunuh seorang nabi palsu iaitu Aswad Al-Ansi.