Fakhrul Razi (lahir 13 April 1980) ialah seorang penyanyi dan artis Brunei. Beliau juga merupakan seorang pengacara dalam acara pencarian bakat penyanyi dangdut D'Academy Asia yang disiarkan di Indosiar. Sebelum memulakan kerjaya di Indonesia, Fakhrul diketahui telah mula-mula berkerjaya di Malaysia.

Fakhrul Razi
Kelahiran
Muhammad Fakhrul Razi bin Ibrahim

(1980-04-13) 13 April 1980 (umur 44)
Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
KerakyatanBrunei
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2004–sekarang
PasanganJirayut Afisan (k. 2019; c. 2020)

Kerjaya sunting

Fakhrul Razi merupakan penyanyi jaz yang langka di negara asalnya. Walaupun begitu, Fakhrul percaya bahawa beliau dapat mengembangkan kariernya di negara jiran Brunei seperti Indonesia, Filipina, Malaysia dan Singapura.

Selain daripada menjadi pengulas D'academy Asia, Fakhrul Razi telah mewakili Brunei dalam persembahan Kejohanan Dunia Seni Persembahan diadakan di Hollywood, Amerika Syarikat. Di samping itu, Fakhrul juga dikenali sebagai pengacara di stesen Radio Televisyen Brunei dan menjadi penyiar Radio Kristal Brunei.

Dalam dunia muzik, Fakhrul Razi memulakan langkahnya dengan membuat album yang berkerjasama dengan pemuzik dari Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Diskografi sunting

Album sunting

  • Jalinan Aidilfitri (2004)
  • Beraya Tah Kitani

Single sunting

  • Salahkah Aku
  • Pertama Kali
  • Rahmat
  • Ku Tak sanggup
  • Ku Trus Begini
  • Damba
  • Wake Up
  • "Andai Terdapat Bahagia"
  • "Senyuman Gelapmu"
  • "Mutlak"
  • "SHSM"
  • "Quench"
  • "Experience"
  • "Cerita Cinta"
  • "Ya Iyalah"
  • "Tunggu Aku"
  • ”Keris Sakti”

Pautan luar sunting