Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (Faculty of Medicine UKM) ditubuhkan pada tahun 1972. Fakulti ini terletak di Cheras, Kuala Lumpur. Fakulti Perubatan terdiri terbahagi kepada dua jabatan utama iaitu Jabatan Praklinikal dan Jabatan Klinikal. Dekan terkini Fakulti Perubatan UKM adalah Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor.

Fakulti Perubatan UKM
فاكولتي ڤروبتن يوكيعيم
Moto
Mengilhamkan Harapan, Mencipta masa depan
JenisAwam
Ditubuhkan pada1972
Institusi induk
Universiti Kebangsaan Malaysia
DekanProfesor Dr. Abdul Halim Bin Abdul Gafor
Lokasi
Cheras
,
Kuala Lumpur
,
56000
,
Malaysia
Laman sesawanghttps://www.ukm.my/medicine
Fakulti Perubatan UKM
Fakulti Perubatan UKM

Sejarah sunting

Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1972[1] dengan matlamat untuk meningkatkan bilangan doktor di negara ini. Matlamat ini juga selari dengan aspirasi rakyat untuk mewujudkan sebuah institusi perubatan kebangsaan yang berteraskan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan. Dekan pertama iaitu Dr. Amir Abbas telah dilantik dan memulakan tugas beliau bermula 30 Mei 1972 sehingga 29 Mei 1975. Meskipun terdapat kekangan ruang, tugas-tugas pentadbiran tetap disempurnakan di rumah kerajaan kediaman Dr. Amir Abbas yang telah dijadikan sebagai pejabat pentadbiran sementara. Selepas itu, pejabat pentadbiran telah berpindah ke Jalan Travers, Brickfileds dan seterusnya ke Jalan Masjid, Petaling Jaya.

Pada Mei 1973, kursus pra perubatan dimulakan di Fakulti Sains di Jalan Pantai Baru. Pengajian di Fakulti Perubatan UKM bermula dengan kemasukan kumpulan pelajar pertama pada sesi 1973/1974 dengan jumlah seramai 44 pelajar. Bagi memenuhi keperluan pengajian, Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) diisytihar sebagai Hospital Pengajar bagi Fakulti Perubatan UKM oleh YB Tan Sri Lee Siok Yew, iaitu Menteri Kesihatan ketika itu. Dengan pengisytiharan itu, maka semua program klinikal di Fakulti Perubatan secara rasminya dijalankan di HBKL. Para pelajar berpeluang menimba pengalaman di sebuah hospital yang terkemuka di negara ini.

Fasa perkembangan Fakulti Perubatan UKM menyaksikan satu lagi anjakan apabila hasrat untuk memiliki bangunan sendiri menjadi realiti. Fakulti Perubatan UKM menerima sebidang tanah dari kerajaan Malaysia yang terletak di Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kuala Lumpur, berhampiran dengan Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL) dan Institut Penyelidikan Perubatan. Bangunan ini siap dibina dan dapat digunakan sepenuhnya pada tahun 1979. DYMM Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus telah berkenan untuk merasmikan bangunan ini.

Sekali lagi, Fakulti Perubatan UKM melakar sejarah apabila buat kali pertama meraikan graduan sulung dalam Majlis Konvokesyen Kumpulan Pertama Graduan Fakulti Perubatan UKM pada tahun 1979. Dalam majlis bersejarah ini, seramai 37 orang pelajar berjaya dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan. Kejayaan ini seterusnya menjadi penggalak apabila program pascasiswazah ditawarkan kepada pelajar dalam usaha melahirkan pakar perubatan pada sesi 1981/1982. Program pascasiswazah ini telah dipelopori oleh Ijazah Kepakaran Sarjana Surgeri (Surgeri Am), Sarjana Surgeri (Ortopedik), Sarjana Sains Perubatan dan Doktor Falsafah.

Pada tahun 1993, UKM telah menubuhkan sebuah hospital pengajar yang dikenal sebagai Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). HUKM mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1997 dan hal ini telah merancakkan lagi perkembangan Fakulti Perubatan UKM. Perkembangan ini sekaligus menuntut pada pembinaan sebuah bangunan untuk menempatkan jabatan-jabatan praklinikal Fakulti Perubatan UKM. Terletak di UKM Kampus Cheras, bangunan setinggi 18 tingkat ini beroperasi sepenuhnya pada tahun 2014.

Fakulti Perubatan UKM kini berdiri sebagai salah sebuah institusi pendidikan perubatan terkemuka di negara ini. Selain menjadi tumpuan pelajar tempatan, Fakulti Perubatan UKM juga menjadi pilihan pelajar antarabangsa dari pelbagai negara untuk meneruskan pengajian tinggi serta meningkatkan kepakaran mereka.

Visi sunting

Untuk menjadi hab akademik perubatan yang terkehadapan dan berdaya saing berteraskan ilmu, inovasi dan pasukan profesional perubatan yang berdedikasi dalam membentuk masyarakat yang sihat dan bermaklumat.

Misi sunting

Untuk memberi pendidikan dalam profesional perubatan dan perkhidmatan bermutu tinggi berteraskan penyelidikan, dalil perubatan, inovasi dan kepekaan sosial.

Jabatan sunting

Jabatan/unit
Advance surgical skill centre (assc)
Anatomi
Anestesiologi & rawatan intensif
Biokimia
Farmakologi
Fisiologi
Kejururawatan
Perubatan kesihatan awam
Mikrobiologi & imunologi perubatan
Obstetrik & ginekologi
Oftalmologi
Ortopedik & traumatologi
Otorinolaringologi
Parasitologi & entomologi perubatan
Patologi
Pediatrik
Pendidikan perubatan
Perubatan
Perubatan kecemasan
Perubatan keluarga
Psikiatri
Radiologi
Surgeri
Pusat kajian kejuruteraan tisu dan Perubatan regeratif
Pusat terapi sel (pts)
Unit makmal pelbagai guna
Unit sumber haiwan makmal

Sekretariat sunting

Sekretariat
Sekretariat Pengajian Prasiswazah
Sekretariat Pengajian Siswazah
Sekretariat Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat
Sekretariat Penyelidikan & Inovasi

Senarai Dekan sunting

Senarai Dekan Tahun
Dato’ Dr. Amir Abbas 30 Mei 1972 – 29 Mei 1975
Prof. Datuk Paduka Abdul Wahab Mohamed Arif 01 Jun 1975 – 31 Mei 1978
Prof. Dato’ Dr. Hj Ismail Saad 01 Jun 197 – 31 Mei 1980
Tan Sri Prof. Hj A Hamid Hj A Rahman 01 Jun 1980 – 16 Februari 1985
Prof. Dato’ Dr. Mahmud Mohd Nor 18 Februari 1984 – 17 Februari 1990
Prof. Emeritus Dato’ Dr. Khalid Abdul Kadir 18 Februari 1990 – 30 September 1997
Prof. Emeritus Puan Sri Datin Dr. Nafisah Adeeb 01 Oktober 1997 – 31 Disember 1999
Prof. Dato’ Paduka Dr. Khalid Yusoff 01 Januari 2000 – 31 Disember 2002
Prof. Dato’ Dr. Lokman Saim 01 Januari 2003 – 25 Februari 2011
Prof. Dato’ Dr. Raymond Azman Ali 25 Februari 2011 – 24 Februari 2016
Prof. Zaleha Abdullah Mahdy 25 Februari 2016 – 24 Februari 2019
Prof. Dr. Raja Affendi Raja Ali 7 Mac 2019 – 6 Mac 2022
Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor 7 Mac 2022 - Sekarang

Alumni sunting

  • YB Dr. Zaliha Mustafa[2]
  • Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah[3]
  • Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak[4]
  • Prof. Datuk Dr. Abd. Rahman Abd. Jamal[5]
  • Prof. Datuk Dr. Che Muhaya Mohamad
  • Prof. Dr. Harlina Hj. Siraj @ Hj. Ramli[6]
  • Dr. Mohd Lutfi Fadil Lokman[7]
  • Datuk Dr. Nor Ashikin Ahmad Mokhtar[8]
  • Datuk Murphy Chan (Chan Hian Kee)[9]
  • Dr. Esa Rejab
  • Prof. Dato’ Dr. Lokman Saim[10]
  • Dr. Wan Abdul Hannan Wan Ibadullah[11]
  • Dr. Othman Warijo[12]
  • Dr. Mohd Anis Haron @ Harun
  • Dr. David Khoo Sin Keat[13]
  • Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood[14]
  • Dato’ Prof. Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif[15]
  • Dr. Belek @ Jerip Anak Susil
  • Dato Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom
  • Datuk Dr. Nora’i Mohd Said
  • Dato’ Dr. Ramlan Abd. Aziz[16]
  • Dato’ Dr. Hajah Zailan Dato’ Hj. Adnan
  • Prof. Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman[17]
  • Dato’ Sri Dr. Hasan Abdul Rahman
  • Dato’ Dr. Haron Ahmad[18]
  • Prof. Dato’ Dr. Zainul Rashid Mohamad Razi
  • Prof. Dato’ Dr. Syed Muhamed AlJunid[19]
  • Lt. Jen Dato’ Seri Panglima Dr. Sulaiman Abdullah
  • Profesor Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor
  • Datuk Dr. Joachim Gunsalam
  • Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek[20]
  • YB Senator Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md Ramli
  • Dato’ Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus
  • Prof. Datuk Dr. D.Kamaruddin D. Mudin
  • YBhg. Datuk Dr. Yusof Yacob
  • Dato’ Dr. Nor Azimi Yunus
  • Datuk Dr Norhayati Rusli[21]

Alumni Tersohor sunting

Bermula tahun 2020, Fakulti Perubatan UKM telah menganugerahi beberapa alumni dengan gelaran Almuni Tersohor. Penganugerahan ini dibuat berdasarkan sumbangan dan pencapaian alumni tersebut di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Penerima anugerah alumni tersohor Fakulti Perubatan UKM adalah seperti berikut:

  • Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah – MD UKM 1988 - Alumni Tersohor 2020[22]
  • Datuk Dr. Rohaizat Yon – MD UKM 1985 - Alumni Tersohor 2021
  • Prof. Emeritus Dato’ Dr. Lokman Saim - MD UKM 1984 - Alumni Tersohor 2022
  • Dr. Zaliha Mustafa - MD UKM 1989 - Alumni Tersohor 2023[23]

Rujukan sunting

  1. ^ "Sejarah Penubuhan – HCTM". Dicapai pada 2023-11-02.
  2. ^ Menteri Kesihatan Malaysia, 2023-02-28, dicapai pada 2023-11-06
  3. ^ Noor Hisham Abdullah, 2023-09-27, dicapai pada 2023-11-06
  4. ^ "Mohamad dilantik Pengerusi Lembaga Pengarah UKM baharu".
  5. ^ "Professor Datuk Dr. A. Rahman A. Jamal | UKM Medical Molecular Biology Institute". www.ukm.my (dalam bahasa Inggeris). 2014-04-23. Dicapai pada 2023-11-06.
  6. ^ "Prof. Datuk Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj | Pusat Pengajian Citra Universiti (School of Liberal Studies)" (dalam bahasa Inggeris). 2019-08-28. Dicapai pada 2023-11-06.
  7. ^ "Dr Lutfi cipta sejarah ke Harvard".
  8. ^ "DATUK DR. NOR ASHIKIN MOKHTAR – Bio - Primanora Medical Centre" (dalam bahasa Inggeris). 2021-06-21. Dicapai pada 2023-11-06.
  9. ^ "AOMA Founding Member — Datuk Murphy Chan Hian Kee".
  10. ^ "About Us". Prof Lokman Saim Ear Clinic (PLSEC) (dalam bahasa Inggeris). 2023-02-27. Dicapai pada 2023-11-07.
  11. ^ "Wan Abdul Hannan BIN Wan Ibadullah".
  12. ^ admin (2012-02-09). "Dr. Othman Warijo". PORTAL MyHEALTH. Dicapai pada 2023-11-07.
  13. ^ "At The Heart Of The Matter".
  14. ^ "About The Speaker [Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood]". SIDC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-07.
  15. ^ "Pakar saraf Naib Canselor baharu UNISZA".
  16. ^ "Dr.Ramlan – Pusat Perubatan Sukan Negara (PPSN)" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-07.
  17. ^ Khalid, Iwani. "Lokman Hakim, Sulaiman". Institute For Research, Development & Innovation (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-07.
  18. ^ medtravels. "Prof Dato Dr Haron Ahmad - Best Bariatric Surgery Surgeon in KPJ Damansara Specialist Hospital, Petaling Jaya". Medtravels (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-07.
  19. ^ "Prof. Dato' Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid". www.ilmuandarulaman.com.my. Dicapai pada 2023-11-07.
  20. ^ "Fadhlullah Suhaimi bin Abdul Malek (Dr)". International Institute of Communications (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-07.
  21. ^ "Norhayati Binti Rusli - Director, Putrajaya, Malaysia | eMedEvents". www.emedevents.com. Dicapai pada 2023-11-07.
  22. ^ "Dr Noor Hisham dianugerah 'Alumni Tersohor Tahun 2019' Fakulti Perubatan UKM". Malaysian Update – Berita Terkini Untuk Anda (dalam bahasa Inggeris). 2020-07-04. Dicapai pada 2023-11-08.
  23. ^ Admin (2023-10-16). "Dr Zaliha terima Anugerah Alumni Tersohor". Berita UKM (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-11-07.

Pautan Luar sunting

Laman Web Rasmi UKM

Laman Web Rasmi Fakulti Perubatan UKM