Farida Arriany

Frieda Thenu (24 November 1938 – 15 Oktober 1977), lebih dikenali sebagai Farida Arriany, ialah seorang pelakon dan penyanyi Indonesia.

Farida Arriany
Farida Arriany, c. 1960 (signed).jpg
Arriany pada 1960
Kelahiran
Frieda Thenu

24 November 1938
Meninggal dunia15 Oktober 1977(1977-10-15) (umur 38)
Jakarta, Indonesia
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif1955–1977

BiografiSunting

Farida Arriany dilahirkan sebagai Frieda Thenu di Bandung, Jawa Barat, pada 24 November 1938. Beliau menamatlan pendidikan peringkat menengah.[1]

Arriany membuat penampilan filem pertamanya pada 1955, membawakan peranan Sari dalam filem Golden Arrow Kasih Ibu.[1][2] Beliau dikredtkan sebagai Farida Shagniarty di dalam filem ini, hanya menggunakan nama pentas Farida Arriany beberapa waktu kemudian.[1] Beliau muncul dalam lapan belas filem lagi dalam tempoh enam tahun berikutnya. Ini termasuk peranan Atikah dalam Air Mata Ibu (1957),[2] pembikinan semula filem 1941 dengan judul sama;[3] Lastri dalam Anakku Sajang (1957),[2] yang mana beliau memenangi Pelakon Wanita Utama Terbaik di Minggu Film Indonesia 1960; dan peranan dalam filem Pedjuang (1961),[1] yang ditayangkan dalam persaingan di Festival Filem Antarabangsa Moscow kedua pada 1961.[4]

Pada awal 1960an, Arriany menubuhkan syarikat filemnya sendiri, Farida Arriany Film Corporation. Katalog filem Indonesia JB Kristanto menyenaraikan syarikat itu sebagai hanya menerbitkan satu filem, Kami Bangun Hari Esok (1963); ia merupakan filem Indonesia pertama yang difilemkan dengan CinemaScope.[5] Di dalam ensiklopedia tokoh filem beliau, bagaimanapun, Misbach Yusa Biran menulis bahawa syarikat itu menyiapkan dua filem, dan juga Road to Bali (1968), sebuah projek usahasama bersama Jepun.[1]

Semasa pertengahan 1960an Arriany tidak aktif dari kerjaya filemnya. Beliau kembali pada 1969, mengambil dua peranan pada tahun itu: sebagai penyanyi dalam filem arahan Sjumandjaja Apa jang Kau Tjari, Palupi? dan filem Wim Umboh Laki-Laki Tak Bernama. Sepanjang lapan tahun yang lalu, beliau mengambil banyak peranan pembantu, termasuk dalam Lewat Tengah Malam (1971), Salah Asuhan (1972), dan Menanti Kelahiran (1977).[1][2]

Arriany merupakan penaja pelancongan yang aktif. Beliau juga terlibat dalam organisasi yang menyokong pelakon lama. Pada tahun 1975, beliau telah dilantik sebagai Bendahari Kedua untuk Persatuan Pelakon Filem Indonesia. Walaupun tempohnya sepatutnya kekal sehingga tahun 1978, Arriany meninggal di Jakarta pada 15 Oktober 1977.[1]

FilemografiSunting

Semasa kerjayanya selama 22 tahun, Arriany muncul dalam 14 filem.[2]

RujukanSunting

Karya dipetikSunting

  • "1961 year". moscowfilmfestival.ru. Moscow International Film Festival. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 August 2016. Dicapai pada 19 June 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan) (Inggeris)
  • "Air Mata Ibu". filmindonesia.or.id. Jakarta: Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-19. Dicapai pada 19 May 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan) (Indonesia)
  • Biran, Misbach Yusa, penyunting (1979). Apa Siapa Orang Film Indonesia 1926–1978. Jakarta: Sinematek Indonesia. OCLC 6655859. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link) (Inggeris)
  • "Filmografi Frieda Thenu". filmindonesia.or.id. Konfiden Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-25. Dicapai pada 25 June 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan); Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan) (Indonesia)
  • Kristanto, JB, penyunting (2007). Katalog Film Indonesia 1926–2007. Jakarta: Nalar. ISBN 978-979-26-9006-4.CS1 maint: ref=harv (link) (Indonesia)

Pautan luarSunting