Ia Wujud

(Dilencongkan dari Filem Ia Wujud)

Ia Wujud merupakan sebuah filem seram Malaysia 2014 arahan Dharma Aizat terbitan Mangkin Prestij. Ia dibintangi oleh Anam Azizan, Zakaria Zahid, Ahmad Syafiq, Arif Adam. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 15 Mei 2014.[1]

Ia Wujud
PengarahDharma Aizat
PenulisDharma Aizat
Dihasilkan olehJane Teo
Dibintangi
  • Anam Azizan
  • Zakaria Zahid
  • Ahmad Syafiq
  • Arif Adam
Syarikat
penerbitan
Mangkin Prestij
Diedarkan olehMetrowealth
Tarikh tayangan
15 Mei 2014
Masa tayangan
72 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

Sinopsis sunting

Mengisahkan sekumpulan remaja yang memasuki sebuah taman tema terbiar yang dikenali sebagai Mimaland. Kisah ini berlaku sebelum fenomena kisah seram di Highland Tower. Mereka menyangkakan hantu itu tidak wujud dan cuba bermain permainan `spirit of the coin` di taman tema terbiar itu. Akhirnya apa yang mereka cari itu sebenarnya adalah wujud.

Pelakon sunting

  • Anam Azizan sebagai Anam
  • Zakaria Zahid sebagai Your
  • Ahmad Syafiq sebagai Amad
  • Arif Adam sebagai Arif

Penerbitan sunting

Ia Wujud diarahkan oleh Dharma Aizat dan diterbitkan oleh Jane Teo untuk Mangkin Prestij Sdn. Bhd. Filem ini tidak menampilkan pelakon popular, sebaliknya menampilkan khidmat pelakon baru. Ia juga melancarkan kerjaya lakonan Arif Adam (kini dikenali sebagai Adam Lee).[2]

Penggambaran dijalankan di pelbagai lokasi termasuk tapak taman tema Mimaland dan pangsapuri Highland Towers.[3]

Keluaran dan sambutan sunting

Ia Wujud dikeluarkan pada 14 Mei 2014 dan dikelaskan sebagai P13 dengan bimbingan ibu bapa untuk kanak-kanak bawah umur 13 tahun.

Rujukan sunting

  1. ^ Ia Wujud Cinema Online. Dicapai pada 30 Ogos 2014.
  2. ^ 'Ia Wujud' Kisah Seram Di Lokasi Sebenar MSTAR Online. Diperoleh pada 30 Ogos 2014.
  3. ^ Ia Wujud bukan sekadar gimik! Sinar Harian. Diperoleh pada 30 Ogos 2014.

Pautan luar sunting