The Adventurer: The Curse of the Midas Box

Mariah Mundi and the Midas Box (bahasa Melayu harafiah Mariah Mundi dan Kotak Midas) ialah sebuah filem berbahasa Inggeris yang mula ditayangkan pada tahun 2014.

Mariah Mundi and the Midas Box
Poster tayangan pawagam filem Mariah Mundi and the Midas Box
Poster tayangan pawagam
PengarahJonathan Newman
PenulisChristian Taylor
Lakon layarChristian Taylor
Matthew Huffman
BerdasarkanNovel Mariah Mundi
Dihasilkan olehPeter Bevan
Ibon Cormenzana
Ignasi Estapé
Karl Richards
DibintangiMichael Sheen, Lena Headey, Sam Neill
Dikisahkan olehG. P. Taylor
SinematografiUnax Mendía
Disunting olehDavid Gallart
Bernat Vilaplana
Muzik olehFernando Velázquez
Tarikh tayangan
10 Januari 2014[1]
Masa tayangan
98 minit
NegaraUnited Kingdom
Sepanyol
Belgium
BahasaInggeris
Pecah panggung$6,399[2]

Filem Mariah Mundi and the Midas Box ini telah dihasilkan di bawah arahan pengarah Jonathan Newman.

Pelakon sunting

Ringkasan sunting

Mariah Mundi tidak mempunyai pilihan selain bersatu dengan Kapten Will Charity untuk merungkai misteri apabila kedua ibu bapanya diculik oleh musuh yang tidak dikenali. Sebelum tertangkap, ibunya sempat menyerahkan seutas kalung azimat yang terbelah kepada dua bahagian. Satu bahagian kepada Mariah dan satu bahagian lagi kepada Felix. Akibatnya, Mariah terpaksa menyara Felix selepas kejadian itu. Pada suatu hari, adiknya telah hilang dan disyaki telah diculik oleh beberapa penjahat dan disembunyikan ke sebuah hotel mewah.

Pengembaraan mereka membawa ke hotel Prince Regent yang dilihat terlalu megah untuk golongan bangsawan, sebuah hotel menggunakan teknologi wap panas untuk beristirahat dan terletak di sebuah pulau kecil jauh dari jangkauan pentadbiran Empayar British. Mariah, dengan bantuan Sacha, mula membongkar rahsia hotel itu untuk mencari kebenaran di sebalik kehilangan ahli keluarganya, dan menghalang pemilik hitel tersebut, Otto Luger daripada mengusai Midas Box yang terlalu mistik sejak dari zaman Mesir Purba dan penuh kuasa magis selepas kalung azimat itu disatukan bersama. Kapten Will juga terpaksa menyamar sebagai Bizmillah The Great, seorang ahli silap mata untuk hotel tersebut. Dia secara senyap-senyap cuba membantu Mariah dan Sacha merungkai misteri tersebut. Dalam masa yang sama, dia mahu memberkas Otto yang terlibat dengan pembunuhan pemilik asal hotel tersebut.

Pada akhirnya, Kapten Will berjaya membunuh Otto dan menyerahkan kotak Midas untuk disimpan oleh jabatan khazanah empayar. Disitulah misteri terungkai mengenai penculikkan beberapa kanak-kanak di pulau tersebut. Kali ini, Will pergi untuk mencari ibu bapa Mariah, yang masih hilang. Dia berjanji akan kembali semula kepada Mariah selepas menjumpainya. Sebuah adegan pertengahan kredit menunjukkan bahawa ibunya telah dibawa ke negara Mesir oleh penjahat Gormenberg yang juga suaminya, ayah kepada Mariah.

Rujukan sunting

  1. ^ "The Adventurer: The Curse of the Midas Box". Dicapai pada 5 October 2014.
  2. ^ "The Adventurer: The Curse of the Midas Box". Box Office Mojo. Dicapai pada January 11, 2014.
  3. ^ "'Captain Charity' in film debut". Dicapai pada 5 October 2014.

Pautan luar sunting