Fizik perubatan ialah penggunaan fizik dalam perubatan. Ia umumnya adalah mengenai penggunaan fizik dalam pengimejan perubatan dan radioterapi, walaupun ahli fizik perubatan mungkin bekerja dalam bidang lain, contohnya penjagaan kesihatan. Jabatan fizik perubatan boleh wujud di hospital atau universiti dan kerjanya banyak berkaitan penyelidikan, pembangunan teknologi dan penjagaan kesihatan klinik.