Folklore (album Taylor Swift)

Folklore (digayakan dalam semua huruf kecil ) ialah album studio ke-lapan oleh penyanyi-penulis lagu Amerika Taylor Swift . Album itu merupakan album kejutan, dikeluarkan pada 24 Julai 2020, melalui Republic Records . Selepas penularan wabak COVID-19 pada awal 2020, Swift telah membatalkan lancongan konsertnya untuk album studio yang ke-tujuh, Lover (2019). Semasa kuarantin, dia menganggap Folklore sebagai "sebuah koleksi lagu dan cerita yang mengalir seperti aliran kesedaran ", dan bekerjasama dengan penerbit Aaron Dessner dan Jack Antonoff secara maya, merakam vokalnya di studio terbina dalam kediamannya di Los Angeles, manakala Dessner dan Antonoff beroperasi dari Hudson Valley dan New York City, masing-masing.

Folklore
Album studio oleh Taylor Swift Edit the value on Wikidata
Dilancarkan pada24 Julai 2020 Edit the value on Wikidata
Studio
Genre
Panjang63:36 Edit the value on Wikidata
BahasaBahasa Inggeris Edit the value on Wikidata
SyarikatRepublic Records Edit the value on Wikidata
Penerbit
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Melangkah jauh daripada terbitan pop lebih rancak yang terdahulu, Folklore terdiri daripada balada lembut yang dialunkan oleh instrumen neo-klasik, mengikuti gaya indie folk, rock alternatif dan elektroakustik . Turut mempunyai pengaruh daripada kesunyian semasa kuarantin, Swift meneroka tema eskapisme, empati, nostalgia dan romantisme dalam album, menggunakan set watak, naratif fiksyen dan arka cerita, jauh beza dengan nada autobiografi projeknya sebelum ini. Tajuk "Folklore" diilhamkan oleh legasi lagu rakyat yang berkekalan, manakala estetika visualnya mencerminkan luar bandar .

Rujukan sunting