Fortune 500 merupakan senaraian tahunan bagi menunjukkan kedudukan dan pencapaian 500 syarikat tersenarai awam yang terbesar di Amerika Syarikat diukur dari segi pendapatan kasar. Senaraian ini dibuat oleh majalah Fortune dari Amerika Syarikat.[1]

Muka depan Majalah Fortune 24 Julai 2006 yang memaparkan mengenai Fortune 500

Pada tahun 2008, pengusaha pasaraya Walmart dinobatkan sebagai berada di tempat pertama diikuti dengan pengeluar minyak, ExxonMobil. Chevron Corporation dan General Motors pula berada di tangga ketiga dan keempat manakala tempat kelima ialah ConocoPhillips.[2][3]

Fortune 100 dan Fortune 1000 adalah senarai lain yang merujuk kepada senarai 100 dan 1,000 syarikat terbesar.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Fortune 500". Fortune. Dicapai pada May 22, 2017.
  2. ^ "Edgar Smith, 69, Dies; Retired Time Executive". New York Times. Dicapai pada 1 March 2016.
  3. ^ "1955 Full list". Fortune. Fortune 500. Dicapai pada 1 March 2016.
  4. ^ Williams, Sean. "Fortune 100: Everything You've Ever Wanted to Know About This Popular Annual Ranking". The Motley Fool. Dicapai pada 1 March 2016.

Pautan luar sunting