Anjing pemburu putih dan hitam Perancis

baka anjing dari Perancis
(Dilencongkan dari Francais Blanc et Noir)

Anjing pemburu putih dan hitam Perancis atau anjing putih dan hitam Perancis[a] ialah satu baka anjing daripada jenis anjing pemburu bau yang berasal dari Perancis. Baka ini digunakan untuk perburuan dalam kawanan dan diturunkan daripada hound lama jenis anjing pemburu besar Saintonge.

Anjing pemburu putih dan hitam Perancis
Nama lainAnjing putih dan hitam Perancis
Negara asalPerancis
Anjing (Canis lupus familiaris)

Penampilan sunting

Baka ini ialah hound kawanan pemburu besar tipikal, dengan tubuh langsing dan berotot, tungkai panjang, kepala sedikit berkuah, telinga labuh panjang, dan bibir atas sedikit berbentuk segi empat sama yang bertindih sedikit di hadapan bibir bawah. Saiznya ialah 65–72 sentimeter (26–28 in) pada paras kelasa; betinanya lebih kecil sedikit.

Warna lapis bulunya ialah putih dan hitam, dengan mantel hitam, kadang-kadang berbintik dengan hitam atau biru. Titik-titik sawo matang pudar berada di sebelah atas mata serta sawo matang di pipi, di bawah mata dan telinga, dan di bawah ekor. Kadang-kadang tanda sawo matang terdapat di dasar paha atas, yang dipanggil 'tanda rusa roe'. Kecacatan tersenarai sebagai penyimpangan penampilan yang mempunyai kesan terhadap kesihatan dan kebolehan kerja anjing, serta petanda bagi penyilangan dengan anjing pemburu rubah atau warna tidak padan, lalu menandakan bahawa anjing dengan kecacatan sedemikian tidak patut dibiakbakakan. Kecacatan termasuklah kaki gemuk, agresi, atau sebarang kesan penyilangan dengan anjing pemburu Inggeris.[1][2]

Baka ini terkenal kerana ketekunannya dalam perburuan serta hidung bagus dan suara elok. Tidak seperti anjing kawanan lain, ia ramah dan mudah untuk diuruskan oleh manusia.[1][2]

Sejarah sunting

Keleluhuran baka ini terletak pada hound lama Saintonge yang hampir lenyap semasa Revolusi Perancis, melalui baka anjing pemburu Gascogne Saintonge yang dihasilkan oleh Comte Joseph de Carayon-Latour pada pertengahan abad ke-19.[3] Anjing pemburu Gascogne Saintonge dibiakbakakan secara bersilang dengan anjing pemburu Poitou pada lewat abad ke-19 untuk menghasilkan anjing pemburu putih dan hitam Perancis. Anjing ini secara rasmi diiktiraf sebagai baka pada tahun 1957. Pada tahun 2009, terdapat kira-kira 2000 ekor anjing baka ini yang berdaftar melalui Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[1][2]

Anjing pemburu putih dan hitam Perancis ialah anjing pemburu kawanan, yang bermaksud bahawa kumpulan anjing berburu bersama-sama, sentiasa diarah oleh manusia, dan tidak berlari-lari untuk berburu bersendirian.[4] Kawanan anjing pemburu putih dan hitam Perancis dihargai khususnya dalam pemburuan rusa merah atau rusa roe.

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ڤوتيه دان هيتم ڤرنچيس; انجيڠ ڤوتيه دان هيتم ڤرنچيس; Perancis: chien français blanc et noir; français blanc et noir; bahasa Inggeris: French white and black hound

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Standard FCI N° 220 FRANÇAIS BLANC ET NOIR" [Piawaian FCI No. 220 Anjing Pemburu Putih dan Hitam Perancis] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 12 Januari 2009. Dicapai pada 27 Disember 2023.
  2. ^ a b c "FCI-Standard N° 220 FRANÇAIS BLANC ET NOIR (French White And Black Hound)" [Piawaian FCI No. 220 Anjing Pemburu Putih dan Hitam Perancis] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Disemak oleh J. Mulholland dalam kerjasama dengan R. Triquet. 12 Januari 2009. Dicapai pada 27 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  3. ^ Clark, Anne Rogers; Andrew H. Brace (1995). The International Encyclopedia of Dogs (dalam bahasa Inggeris). Howell Book House. m/s. 230–231. ISBN 0-87605-624-9.
  4. ^ Club du chien d’ordre[pautan mati kekal] (Perancis)

Pautan luar sunting