Franck Riester (lahir 3 Januari 1974) adalah ahli politik Perancis. Beliau adalah Menteri Kebudayaan Perancis semasa. Beliau adalah ahli Perhimpunan Kebangsaan Perancis dari 2007 hingga 2018. Beliau mewakili jabatan Seine-et-Marne,[1] dan merupakan bekas ahli Les Républicains yang dahulunya dikenali sebagai Kesatuan untuk Pergerakan Rakyat. Beliau mengasaskan dan kini mengetuai parti Agir. Riester melela sebagai gay pada tahun 2011, Ahli Parlimen Perancis yang pertama melakukannya.[2][3][4] Beliau dinamakan Menteri Kebudayaan dalam kerajaan Édouard Philippe pada 16 Oktober 2018.[5]

Franck Riester
Menteri Kebudayaan
Memegang jawatan
16 Oktober 2018
PresidenEmmanuel Macron
Perdana MenteriÉdouard Philippe
Didahului olehFrançoise Nyssen
Ahli Perhimpunan Kebangsaan
untuk Seine-et-Marne
Dalam jawatan
20 Jun 2007 – 16 November 2018
Didahului olehGuy Drut
Digantikan olehPatricia Lemoine
Datuk Bandar Coulommiers
Dalam jawatan
2008–2017
Didahului olehGuy Drut
Digantikan olehGinette Motot
Butiran peribadi
Lahir (1974-01-03) 3 Januari 1974 (umur 50)
Paris, Perancis
KerakyatanPerancis
Parti politikLes Républicains (sehingga 2017)
Agir (2017–kini)
Alma materISG Business School
ESSEC Business School

Pada bulan Mac 2020 semasa wabak COVID-19, beliau diuji positif untuk penyakit itu.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ "LISTE DÉFINITIVE DES DÉPUTÉS ÉLUS À L'ISSUE DES DEUX TOURS" (dalam bahasa Perancis). Perhimpunan Kebangsaan Perancis. Dicapai pada 4 Julai 2010.
  2. ^ Marc Endeweld, 'Le député-maire UMP Franck Riester fait son coming-out', in Têtu, 6 December 2011 "Archived copy". Dicapai pada 7 Disember 2011.
  3. ^ Jila Varoquier, 'Coulommiers : le député-maire Franck Riester (UMP) fait son coming out', in Le Parisien, 6 Disember 2011 [1]
  4. ^ 'Accrochages au conseil municipal, le maire UMP fait son coming out' on TF1, 6 December 2011 [2] Diarkibkan 2011-12-07 di Wayback Machine
  5. ^ "Communiqué de presse - remaniement et composition du nouveau gouvernement". Republik Perancis (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 14 Jun 2019.
  6. ^ "Menteri Kebudayaan Perancis dijangkiti COVID-19". Bernama. 10 Mac 2020. Dicapai pada 10 Mac 2020 – melalui Xinhua.