Freddie Aziz Jasbindar

Mohamad Freddie Bin Aziz Jasbindar (lahir pada 1988) adalah merupakan seorang aktivis pencinta sejarah tempatan negeri Perak. Beliau juga adalah merupakan individu yang menubuhkan Persatuan Pencinta Sejarah Masyarakat Perak.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar.jpg
Freddie Aziz Jasbindar
Setiausaha Pemuda UMNO
Bahagian Parit, Perak
Dalam jawatan
22 Mac 2023 – kini
Ketua Unit Media Siber
Komunikasi Barisan Nasional Perak
Dalam jawatan
2020–2022
Ahli Jawatankuasa
BNYV Perak
Dalam jawatan
2020–2023
Ahli Jawatankuasa
BNYV Malaysia
Dalam jawatan
2022 – kini
Butiran peribadi
LahirMohamad Freddie Bin Aziz Jasbindar
(1988-12-28) 28 Disember 1988 (umur 34)
Ipoh, Perak
KerakyatanMalaysia
Parti politikBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg UMNO
PasanganSiti Mujahadah Binti Mohd Roni
PekerjaanAhli politik, web developer, blogger, aktivis muda
Laman web rasmifred.my

Kehidupan PeribadiSunting

Mohamad Freddie Bin Aziz Jasbindar[1] dilahirkan di Hospital Besar Ipoh, Perak[2] pada tahun 1988. Beliau telah berkahwin dengan Siti Mujahadah Binti Mohd Roni dan pasangan ini telah dikurniakan lima orang anak iaitu Adam Muhammad (meninggal dunia), Melur Elvina (7 tahun), Muzaffar (5 tahun), Mansur (2 tahun) dan Mawar Eleena (0 tahun).

Beliau mula bergiat aktif dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak dalam tahun 2016 dengan menubuhkan Persatuan Pencinta Sejarah Masyarakat Negeri Perak (SEMARAK) dan kini memegang amanah dengan menjawat jawatan sebagai pengerusi persatuan tersebut.

PendidikanSunting

Beliau menerima pendidikan rendah dan menengah di luar negeri Perak. Bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Bedong, Bedong, Kedah (1995-1997), Sekolah Rendah Kebangsaan Jeram Batu 20, Jeram, Selangor (1997-1998) dan Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Gelam, Port Dikson, Negeri Sembilan (1998-2000).

Menyambung persekolahan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Abdul Samad, Port Dickson, Negeri Sembilan (2000-2005).

Selepas tamat persekolahan, Freddie Aziz Jasbindar menyambung pengajian dalam bidang Diploma Pengajian Perniagaan dengan UiTM tetapi terpaksa berhenti di penghujung semester akhir pengajian atas masalah peribadi pada tahun 2009.

Pada tahun 2011, beliau telah menyambung pengajian di Kolej Komuniti Rembau dengan mengambil bidang Sijil Kemahiran Industri Agro dan tamat pengajian pada tahun 2013.

Pada September 2018, beliau berpeluang untuk menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara Kampung Seri Iskandar, Perak dalam bidang Diploma Pentadbiran Awam dan telah tamat pengajian pada tahun 2022.

Pada Mac 2023, beliau tidak melepaskan peluang untuk menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara Kampung Seri Iskandar, Perak dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) dengan Kepujian.

KerjayaSunting

Mohamad Freddie Bin Aziz Jasbindar mula menulis laman sejarah tempatan sejak tahun 2016 khusus terhadap sejarah negeri Perak[3]. Beliau telah menerima pengiktirafan sebagai Anugerah Web Malaysia untuk kategori peribadi dalam bulan Ogos untuk tahun 2019[4] sempena laman web orang Perak yang mana berkenan dengan kajian serta terbitan artikel sejarah tempatan negeri Perak.

Aktiviti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan SukanSunting

Pernah berbasikal mengilingi semenanjung Malaysia pada tahun 2014 sejauh 2,400 km dalam masa 28 hari.[5]

Kini bergiat aktif dalam Persatuan Pencinta Sejarah Masyarakat Perak (SEMARAK) sebagai pengerusi persatuan.

PolitikSunting

Mohamad Freddie Bin Aziz Jasbindar mula aktif bersama-sama dengan UMNO sejak zaman kejatuhan Kerajaan Barisan Nasional pada tahun 2018. Mula menjadi ahli biasa di cawangan Pasir Gajah dalam Parlimen Parit, Perak.

Bermula dengan Barisan Nasional Youth Volunteer Negeri Perak (BNYV Perak) sejak tahun 2018 sebagai ahli biasa sehinggalah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Barisan Nasional Youth Volunteer Negeri Perak dalam tahun 2020.

Pada tahun 2020, Mohamad Freddie Bin Aziz telah dilantik sebagai Ketua Unit Media Siber untuk Komunikasi Barisan Nasional Negeri Perak (BNComm Perak).

Dalam tahun 2021, beliau telah dilantik oleh Ketua Pemuda Bahagian Parit sebagai Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Parit bagi menggantikan kekosongan yang ada selepas mantan setiausaha sebelum itu meletakkan jawatan.

Dalam tahun 2022, Mohamad Freddie Bin Aziz Jasbindar telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Barisan Nasional Youth Volunteer Malaysia (BNYV Malaysia) dan masih meneruskan perkhidmatannya sehingga ke hari ini.

RujukanSunting