Fukuoka Dome (Jepun: 福岡ドーム, Hepburn: Fukuoka Dōmu), atau dikenali sebagai Fukuoka PayPay Dome (Jepun: 福岡ペイペイドーム, Hepburn: Fukuoka Peipeidōmu), merupakan stadium besbol yang terletak di Chūō-ku, Fukuoka, Jepun. Stadium ini menjadi gelanggang bagi pasukan Fukuoka SoftBank Hawks dan ia mampu memuatkan 40,000 orang. Stadium ini telah dibina pada tahun 1993. Dengan diameter berkeluasan 216 meter, Fukuoka Dome merupakan stadium berkubah geodesik terbesar di dunia.[2] Stadium ini menjadi stadium pertama dibina di Jepun dengan bumbung boleh laras dan menjadi satu-satunya stadium di Jepun yang mempunyai ciri-ciri itu sehingga pembukaan Es Con Field Hokkaido pada 2023. Pada tahun 2005, Yahoo! JAPAN yang merupakan salah satu anak syarikat kepada SoftBank, telah memperoleh hak nama stadium dan menamakannya menjadi Fukuoka Yahoo! Japan Dome (Jepun: 福岡Yahoo! JAPANドーム, Hepburn: Fukuoka Yafū Japan Dōmu) atau dipendekkan sebagai Yahoo Dome (Jepun: ヤフードーム, Hepburn: Yafū Dōmu),[3] Pada Januari 2013, nama stadium ditukar menjadi Fukuoka Yafuoku! Dome (Jepun: 福岡ヤフオク! ドーム, Hepburn: Fukuoka Yafuoku Dōmu).[4] Yafuoku merupakan pemendekan daripada Yahoo! Auctions di Jepun. Pada 30 Oktober 2019, ia diumumkan bahawa stadium ini akan dinamakan sebagai Fukuoka PayPay Dome, untuk memaparkan nama sistem pembayaran PayPay yang dimiliki oleh Softbank (50%) dan Yahoo Japan (25%) dari 29 Februari 2020.[5][6] Stadium ini merupakan antara beberapa stadium di NPB yang terdapatnya hotel.

Fukuoka Dome
Fukuoka Dome
PayPay Dome
Fukuoka PayPay Dome
Fukuoka Dome
Nama penuhFukuoka Dome
Nama silamFukuoka Dome (1993–2005)
Fukuoka Yahoo! JAPAN Dome (2005–13)
Fukuoka Yafuoku! Dome (2013–2020)
Lokasi2-2-2 Jigyōhama, Chūō-ku, Fukuoka, Japan
Koordinat33°35′43″N 130°21′44″E / 33.59528°N 130.36222°E / 33.59528; 130.36222Koordinat: 33°35′43″N 130°21′44″E / 33.59528°N 130.36222°E / 33.59528; 130.36222
Transit awamFukuoka City Subway:
Kuko Line di Tojinmachi
PemilikFukuoka SoftBank Hawks Marketing Corp.
PentadbirHawks Town Co.
Kapasiti40,062 (besbol)[1]
47,500 (konsert)
Saiz PadangKiri Padang – 100 meter (328 ka)
Kiri-Pusat – 118 meter (387 ka)
Pusat Padang – 122 meter (400 ka)
Kanan-Pusat – 118 meter (387 ka)
Kanan Padang – 100 meter (328 ka)
Tinggi Tembok Outfield: 5.84m (19.2ft)
PermukaanFieldTurf 2009–kini
AstroTurf 1993 sehingga 2008
Pembinaan
Pecah tanahApril 1, 1991; 32 tahun yang lalu (1991-04-01)
DibukaApril 2, 1993; 30 tahun yang lalu (1993-04-02)
Kos pembinaan¥76 bilion
ArkitekTakenaka Corporation dan Maeda Corporation
Kontraktor amTakenaka Corporation dan Maeda Corporation
Tuan rumah
Fukuoka SoftBank Hawks (1993–kini)

Catatan sunting

  1. ^ "2023年度 福岡PayPayドームの定員について". 公式サイト (dalam bahasa Jepun). Fukuoka SoftBank Hawks. 2023-01-30. Dicapai pada 2023-09-07.
  2. ^ Glancey, Jonathan (October 21, 2014). "The story of Buckminster Fuller's radical geodesic dome". BBC. Dicapai pada October 5, 2018.
  3. ^ "Hawkstown -Hawks Town a lively and festive place 365days a year". www.hawkstown.com. Dicapai pada July 20, 2016.
  4. ^ "ヤフオク! - 福岡 Yahoo! JAPANドーム名称変更のお知らせ" (dalam bahasa Jepun). Yahoo! Japan. Dicapai pada October 5, 2018.
  5. ^ "Hawks' stadium to be renamed PayPay Dome next season". The Japan Times Online. 30 October 2019. Dicapai pada 11 March 2020.
  6. ^ "2020年2月29日(土)「福岡PayPayドーム」誕生 - プレスリリース". PayPay株式会社 (Siaran akhbar) (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 11 March 2020.

Pautan luar sunting