Furby (jamak Furbys atau Furbies, menurut nama oleh Tiger. Co.) merupakan permainan eletronik, lebih khusus lagi, robot, yang dihasilkan oleh Tiger Electronics yang melalui tempoh sebagai permainan yang mesti diperolehi selepas perlancarannya semasa musim perayaan Krismas 1998, dengan jualan berlanjutan sehingga 2000. 1.8 juta unit Furby dijual pada 1998, dan 14 juta unit pada 1999. Keseluruhannya, dalam tiga tahun pengeluaran asal, lebih 40 juta unit telah dijual, dan keupayaan bertuturnya diterjemah kepada 24 bahasa. Furbys merupakan cubaan berjaya pertama bagi menghasilkan dan menjual robort domestik. Furby yang baru dibeli bermula dengan bertutur Furbish, bahasa unik yang semua Furbys diprogram untuk menggunakannya, tetapi kegunaan bahasa Furbish berkurangan dan digantikan dengan bahasa Inggeris. Inggeris dipelajari secara automatik, tidak kisah budaya mana ia dipelihara.[1] Pada 2005, Furbys baru diperkenalkan, dengan perisian pengecam suara, dan pergerakan muka lebih rumit, antara banyak perubahan dan peningkatan. Emoto-Tronic Furbies (Furby, Furby Baby, dan Funky Furby) masih kekal dijual sehingga akhir 2007, apabila permainan ini menjadi sukar dijumpai.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Encounters with Kismet and Cog: Children Respond to Relational Artifacts" (PDF). MIT. 2004-09-30. Dicapai pada 2009-04-20.

Pautan luar

sunting