Robot
Robot adalah sebuah alat mekanikal atau maya yang dapat melakukan tugas fizikal atau perisian, sama ada menggunakan pengawasan dan pengawalan manusia, atau menggunakan program yang telah ditakrifkan sebagai kecerdasan buatan. Perkataan robot boleh merujuk kepada kedua-duanya, namun robot maya ini biasanya dirujuk sebagai bot internet[1][2].
Peristilahan
suntingPerkataan "robot" diperkenalkan daripada bahasa Czech melalui pementasan drama Rossumovi Univerzální Roboti (1920) karya Karel Čapek;[3] drama tersebut menceritakan penghasilan salinan hidupan berupa manusia tetapi dengan ciri leih ringkas berasaskan protoplasma bergelar "robot" yang sendirinya dipergunakan untuk melakukan kerja buruh yang sangat memeritkan.
Čapek sendiri memperoleh istilah baru ini daripada suatu perbualan dengan abangnya Josef Čapek yang mendapat ilham daripada etimologi Oxford English Dictionary;[3] Josef pula mencipta perkataan ini daripada robota yang bermaksud "corvée" serta kata seasal dengan rabota dalam bahasa Bulgaria dan bahasa Rusia serta Arbeit dalam bahasa Jerman - kesemua ini membawa maksud sama iaitu "kerja".[4][5]
Fungsi
suntingDalam pengilangan
suntingRobot-robot industri khas diaturcara untuk mampu mengulangi pekerjaan tertentu secara berulang kali lagi-lagi di kawasan yang boleh mendatangkan bahaya kepada keselamatan manusia. Ada robot yang memateri rerangka kenderaan atau litar elektronik dengan tepat tanpa meninggalkan sebarang cela kepada bahan dikerjakan sambil mengekalkan kebersihan persekitaran. Ada juga robot yang dilengkapi tali sawat dan pengcengkam yang membawa bungkusan barang dikehendaki dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan tangkas dan segera.
Dalam perubatan
suntingRobotik khas sering dipergunakan dalam menjalankan pembedahan berisiko tinggi yang memerlukan koordinasi yang tepat sambil boleh bertahan dalam kedudukan tertentu selama tempoh yang agak panjang. Para pakar bedah boleh mengendalikan robot-robot ini dari jauh merawat kecederaan disasarkan tanpa perlu membuka luka lebih luas yang boleh menambah risiko susulan.[6]
Dalam pendidikan
suntingRobot seperti rero REconfigurable RObot diluaskkan di sekolah sekolah rendah, menengah dan tertiary untuk mengalakkan minat dalam bidang robotics.
Permasalahan
suntingEtika penggunaan
suntingSudut pandang terhadap penggunaan teknologi ini membeza mengikut budaya masyarakat: dunia Barat yang lebih dipengaruhi agama-agama samawi melihat kekhuatiran dalam kebarangkalian menghasilkan robot yang berfikir dan menaakul untuk diri sendiri dilihat seumpama manusia seolah-olah berlagak seperti Tuhan.[7][8]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Google: "define: bot"
- ^ Alliance for Telecommunications Solutions: Telecom glossary "bot"
- ^ a b Zunt, Dominik. "Who did actually invent the word "robot" and what does it mean?". The Karel Čapek website. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Februari 2012. Dicapai pada 11 September 2007.
- ^ "Indo-European root *orbh-". 12 Mei 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Januari 2009. Dicapai pada 8 Februari 2014.
- ^ "Online Etymology Dictionary". Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Disember 2013. Dicapai pada 10 Jun 2012.
- ^ "What is Robotic Surgery?". UCLA Health. Universiti California, Los Angeles. Dicapai pada 16 Ogos 2020.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaplanettokyo.com
- ^ Yang, Jeff; ASIAN POP Robot Nation Why Japan, and not America, is likely to be the world's first cyborg society; SFGate; 2005-08-25; retrieved on 2007-01-02
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.