Etimologi (bahasa Inggeris: etymology lakuran Yunani ήτυμος étymos, intipati dan λόγος lógos, pengetahuan) ialah cabang ilmu linguistik yang menggalurkan asal-usul suatu perkataan.

Beberapa perkataan yang telah diambil daripada bahasa lain yang berkebarangkalian dalam bentuk yang telah diubah (perkataan asal disebut sebagai etimon). Melalui naskah tua dan perbandingan dengan bahasa lain, pakar etimologi cuba untuk membentuk semula asal-usul sesuatu perkataan - ketika mereka memasuki suatu bahasa, daripada sumber apa, dan bagaimana bentuk dan pengertian perkataan tersebut berubah.

Etimologi juga cuba untuk membina semula maklumat mengenai bahasa-bahasa yang sudah terlalu lama untuk membolehkan maklumat didapati secara langsung mengenai bahasa tersebut (seperti tulisan) diketahui. Dengan membandingkan perkataan-perkataan dalam bahasa yang saling bertautan, pakar etimologi dapat mempelajari mengenai bahasa kuno yang merupakan “generasi yang lebih lama”. Dengan cara ini, akar bahasa yang telah diketahui yang dapat ditelusuri jauh ke belakang kepada asal-usul keluarga bahasa Austronesia.

Gagasan dasar dalam etimologi

sunting
  • Perkataan-perkataan biasanya dimulai dengan bentuk yang lebih panjang dan kemungkinan juga lebih rumit yang kemudiannya menjadi lebih sederhana atau lebih singkat. Misalnya, mesa (“kerbau”) dalam Bahasa Jawa Krama berasal daripada bahasa Sanskrit mahisa.
  • Sebaliknya dengan yang di atas, perkataan-perkataan yang pendek dapat diperpanjang dengan penambahan imbuhan pada perkataan itu. Contohnya perkataan kedoktoran yang berasal daripada ke+doktor+an (doktor berasal daripada bahasa Inggeris).
  • Perkataan-perkataan slanga (yang tidak rasmi) dapat diterima menjadi bahasa rasmi. Kadang-kadang yang sebaliknya juga terjadi, perkataan-perkataan yang rasmi menjadi slanga.
  • Perkataan-perkataan yang "kasar" atau "kotor" dapat menjadi eufemisme, dan boleh juga eufemisme menjadi "kasar".
  • Perkataan-perkataan yang tabu mungkin dihindari dan kemudian lenyap, seringkali digantikan oleh eufemisme atau pengandaian kata.
  • Perkataan-perkataan dapat digabungkan menjadi perkataan portmanteau contohnya pawagam sebuah gabungan perkataan panggung, wayang dan gambar..
  • Perkataan-perkataan dapat dijadikan akronim, seperti PRU (“Pilihan Raya Umum”).
  • Bunyi dalam sesuatu perkataan boleh didisimilasikan. Contohnya, laporan berasal daripada “rapport” (bahasa Belanda), tetapi pertama bunyi r sudah diganti menjadi l untuk memperlainkan bunyi itu daripada r nombor dua.
  • Bunyi boleh ditambah ke dalam satu perkataan sesuai dengan morfologi bahasa Melayu: Mac (bahasa Inggeris: “March”) atau dihilangkan (bius daripada Bahasa Parsi “bihausi”).
  • Bunyi asing boleh dimelayukan, seperti dewan (bahasa Parsi: “dīvān”).
  • Perkataan-perkataan dapat pula diambil daripada sebuah tempat tertentu (toponim, misalkan lombok yang berarti "cabai") atau daripada nama orang tertentu (eponim, mis. urat Achilles).

Penggaluran kata dalam bahasa Melayu

sunting

Bahasa Melayu iaitu salah satu bahagian Austronesia, walaupun kosa katanya di masa kini menrangkumi perkataan-perkataan daripada pelbagai bahasa. Akar bahasa Melayu dan Austronesia dapat dilihat dalam kehampiran sebutan untuk angka dalam bahasa. Contohnya: dua = Tagalog dalawa, telu = telu (Jawa dan Bali) tilu (Sunda) tello' (Madura), tatlo (Filipina). Dan telinga sama dengan tainga (Pilipina), sedangkan hidung dalam Bahasa Filipina ialah ilong. Walaupun begitu, perubahan bahasa telah membuang banyak unsur tatabahasa seperti sistem morfologi: dalam Bahasa Jawa dan Bahasa Filipina (Tagalog) masih ada imbuhan sisipan sedangkan dalam Bahasa Melayu sudah disederhanakan. Beberapa unsur khusus dalam kosa kata banyak dipinjam daripada bahasa-bahasa Sanskrit, Belanda, Arab dan Sepanyol. Contohnya, saya berasal daripada bahasa Sanskrit sedangkan awak masih mempunyai akar Austronesia.

Ketika Belanda menjajah kepulauan rangkuman Indonesia moden dari abad ke-17, bahasa Belanda ikut dibawa bersama mereka. Kelas penguasa bercakap dalam bahasa Belanda sementara para petani menggunakan bahasa Melayu, bahasa Jawa atau bahasa daerah lain masa itu. Hal ini menyebabkan banyak perkataan yang berpasangan dalam bahasa Indonesia dan Belanda. Contohnya, polisi mirip dengan Bahasa Belanda politie; handuk dengan handdoek, yang bererti "sapu (doek) tangan (hand)". Sepeda berasal daripada bahasa Belanda vélicopède (yang dipinjam daripada Bahasa Perancis). Sesudah Belanda keluar dari Indonesia, banyak perkataan pinjaman Belanda sudah dilatinkan: contohnya, kwalitet (Bld. “kwaliteit”) sering diganti menjadi kualitas (Latin “qualitas”).

Dalam bidang agama, ratusan perkataan berasal daripada bahasa Arab.

Sebelumnya, Bahasa Sanskrit sudah memasukkan banyak perkataan dalam bahasa Indonesia terutamanya dalam bahasa Jawa. Contohnya: kusuma berarti “bunga”, wijaya berarti “yang menang”, kota berarti “benteng”, pahala berarti “buah”, "hasil" atau “pala”, maha berarti “besar” dan ratusan yang lain.

Bahasa Indonesia terbukti mampu memuatkan perkataan-perkataan daripada banyak bahasa seperti Arab, Belanda, Inggeris, Latin, Perancis, Sanskrit, Sepanyol, China, Yunani dan lain-lain.

sunting

Etimologi popular (atau etimologi rakyat) bererti "etimologi palsu" yang dibuat oleh orang kerana etimologi tersebut dianggap berkebarangkalian walaupun ternyata keliru.

  • Perkataan telefon berasal daripada telephone (Inggeris). Menurut etimologi terkenal, perkataan itu kadang-kadang dianggap berasal daripada "tali pohon" tetapi itu tidak benar.

Sumber-Sumber

sunting
  • J. Gonda, Sanskrit in Indonesia, Nagpur 1952
  • Drs Mohamad Ngajenan, Kamus Etimologi Bahasa Indonesia, 19923

Lihat pula

sunting

Pautan luar

sunting