Fustat (juga Fostat, Al Fustat, Misr al-Fustat dan Fustat-Misr, dan dalam Arab: الفسطاط, al-Fusţāţ), merupakan ibu negara Mesir di bawah pemerintahan Islam. Ia dibina oleh panglima Muslim 'Amr ibn al-'As sebaik selepas Penaklukan Islam di Mesir pada tahun 641, dan mempunyai Masjid Amr, masjid pertama yang dibina di Mesir dan seluruh Afrika.

Fustat
الفسطاط
Ibu Negara Mesir sebelum Kaherah
Lukisan Fustat, dari History of Egypt nukilan Rappoport
Lukisan Fustat, dari History of Egypt nukilan Rappoport
Nama panggilan: Bandar Khemah
Kini sebahagianKaherah Lama
Khulafa al-Rasyidin641–661
Kerajaan Bani Umaiyah661–750
Kerajaan Fatimiyah905–1168
Diasaskan641
Penduduk
 (Kurun ke-12)
 • Jumlah200,000

Bandar ini mencapai kemuncaknya pada kurun ke-12, dengan penduduk seramai lebih kurang 200,000 orang.[1] Ia menjadi pusat kuasa pentadbiran Mesir, sehingga diarahkan untuk dibakar pada 1168 oleh wazirnya sendiri, Shawar, untuk mengelakkan kekayaan bandarnya jatuh ke tangan Tentera Salib yang menakluk. Sisa runtuhan bandar itu kemudiannya diserap masuk ke dalam Kaherah yang bersebelahan, yang dibina di utara Fustat pada tahun 969 apabila tentera Fatimiyah menakluk kawasan itu dan membina satu bandar baharu sebagai kediaman Khalifah. Kawasan itu menjadi bandar yang tidak diperbaiki untuk ratusan tahun dan akhirnya dijadikan tempat sampah.

Kini, Fustat adalah sebahagian Kaherah Lama, dengan beberapa peninggalan bangunan yang wujud sejak Fustat menjadi ibu negara. Penggalian arkaeologi banyak mendapati kekayaannya tertanam di dalamnya. Banyak artifak dan barangan lama ditemui dijadikan pameran di Muzium Kesenian Islam Kaherah.

Rujukan sunting

  1. ^ Williams, p. 37