Lagu Bendera Kebangsaan (Republik China)

(Dilencongkan daripada Gúoqí gē)

Lagu Bendera Kebangsaan Republik China (中華民國國旗歌; Zhōnghuá Míngúo Gúoqígē) adalah lagu yang dimainkan sewaktu penaikan dan penurunan bendera Republik China. Lagu ini menggantikan lagu kebangsaan Republik China di pertandingan sukan antarabangsa seperti Olimpik disebabkan tekanan dari Republik Rakyat China yang menganggap negara itu sebagai sebahagian darinya. Di arena antarabangsa, ia dikenali sebagai "Lagu Kebangsaan Taipei China". Lagu ini lebih popular dari lagu kebangsaan Republik China, "San Min Chu-i", kerana liriknya tidak bersifat partisan, iaitu menyebelahi mana-mana ideologi politik. Lagu "San Min Chu-i" pada asalnya adalah lagu parti politik, Kuomintang, pengasas negara tersebut.

Lagu Bendera Kebangsaan dimainkan semasa penaikan dan penurunan bendera Republik China, seperti yang dijalankan di depan Dewan Peringatan Chiang Kai-shek (di sini, bendera diturunkan oleh ROCN).
中華民國國旗歌

Lirik "Lagu Bendera Kebangsaan" dicipta oleh Tai Ch'uan-hsien (yang juga menulis lirik untuk "San Min Chu-i") dalam cara Cina Klasik. Muzik digubah oleh Huang Tzu (黃自, Huáng Zì).

Lirik dalam bahasa Cina

sunting
山川壯麗 , 物產豐隆 ,
炎黃世冑 , 東亞稱雄;
毋自暴自棄 , 毋故步自封 ,
光我民族 , 促進大同。
創業維艱 , 緬懷諸先烈 ,
守成不易 , 莫徒務近功。
同心同德 , 貫徹始終 ,青天白日滿地紅;
同心同德 , 貫徹始終 ,青天白日滿地紅!

Hanyu Pinyin

sunting
shān chūan zhùang lì, wù chăn fēng lóng,
yán húang shì zhòu, dōng yà chén xíong.
wú zì bào zì qì, wú gù bù zì fēng,
gūang wŏ mín zú, cù jìn dà tóng.
chùang yè wéi jīan, mĭan húai zhū xīan lìe,
shŏu chéng bù yì, mò tú wù jìn gōng.
tóng xīn tóng dé, gùan chè shĭ zhōng, qīng tīan bái rì măn dì hóng;
tóng xīn tóng dé, gùan chè shĭ zhōng, qīng tīan bái rì măn dì hóng!

Terjemahan

sunting
Gunung dan sungai yang indah dengan hasil yang mewah,
Daripada keturunan Yan dan Huang, menjuarai Asia Timur;
Jangan berputus asa, jangan ketinggalan,
Harumkan nama bangsa, pupuk perpaduan.
Membina negara bukanlah mudah, maka ingatlah mereka yang membentukkannya,
Mengekalkannya juga bukanlah mudah, maka janganlah berfikiran singkat!
Dengan satu hati dan satu jiwa, mencapai wawasan dari awal hingga akhir,
Langit biru, mentari putih, dan bumi nan merah!
Dengan satu hati dan satu jiwa, mencapai wawasan dari awal hingga akhir,
Langit biru, mentari putih, dan bumi nan merah!

Helaian muzik

sunting
 

Pautan luar

sunting