Gary Vaynerchuk(nama asalnya Gennady Vaynerchuk[2][3] pada 14 November 1975) ialah seorang usahawan terkenal warga Amerika Syarikat yang dianugerahkan empat kali sebagai pengarang terbaik akhbar New York Times dan juga merupakan seorang penceramah dan personaliti internet yang terkenal di arena antarabangsa.[4][5] Mula dikenali sebagai pengkritik minuman wain terkemuka yang memajukan perniagaan wain keluarganya dari nilai sebanyak $3 juta ke $60 juta, Vaynerchuk paling dikenali sebagai perintis pemasaran digital dan media sosial yang menerajui VaynerMedia dan VaynerX di New York.[6][7]

Gary Vaynerchuk
Gary Vaynerchuk
Kelahiran (1975-11-14) 14 November 1975 (umur 48)
Babruysk, Kesatuan Soviet
WarganegaraAmerika Syarikat
Nama lainGaryvee
Terkenal keranaKeusahawanan, media sosial, penyumbang labur, pendidikan wain
Karya terkenal
Wine Library TV'The #AskGaryVee Show
Nilai bersih$100 juta[1]
Laman web rasmigaryvaynerchuk.com

Vaynerchuk ialah seorang ahli pelaburan atau penasihat beberapa syarikat lain antaranya Uber, Birchbox, Snapchat, Facebook, Twitter dan Tumblr. Beliau juga seorang penceramah utama di persidangan keusahawanan dan teknologi global.[8]

Kehidupan awal sunting

Vaynerchuk dilahirkan di Kesatuan Soviet dan berpindah ke Amerika Syarikat pada tahun 1978, setelah Kesatuan Soviet menandatangani perjanjian SALT I yang membenarkan penduduk Yahudi di Kesatuan Soviet meninggalkan negara mereka sebagai pertukaran dengan gandum Amerika.[9] Gary dan lapan ahli keluarganya mendiami di sebuah pangsapuri kecil di Queens, New York.[10] Setelah menetap di Queens, Vaynerchuk dan keluarganya berpindah ke Edison, New Jersey dan disana Vaynerchuk mengendalikan sebuah francais gerai lemonad dan memperolehi ribuan dolar pada hujung minggu melalui penjualan kad besbol.[11][12]Pada usia 14 tahun, beliau menyertai perniagaan menjual wain tradisi keluarganya. Vaynerchuk menamatkan pengajiannya dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda dari Kolej Mount Ida di Newton, Massachusetts pada tahun 1998.[13]

Kerjaya sunting

Perpustakaan Wain sunting

Setelah menamatkan pengajiannya di kolej pada tahun 1999, Vaynerchuk mengambil alih pengurusan harian kedai bapanya Springfield, New Jersey|Springfield, New Jersey, Shopper's Discount Liquors. Gary menamakan semula kedai tersebut sebagai Wine Library, melancarkan jualan dalam talian dan pada tahun 2006 memulakan Wine Library TV, siaran internet harian tentang wain.[14]

Melalui kombinasi e-dagangan, pemasaran e-mel, dan penetapan harga, Vaynerchuk meningkatkan perniagaan dari $3 juta ke $60 juta setahun sehingga tahun 2005.Pada bulan Ogos 2011, Vaynerchuk mengumumkan bahawa beliau akan berundur untuk membina VaynerMedia, agensi pengiklanan digital yang beliau asaskan bersama abangnya pada tahun 2009.[14][15]

VaynerMedia sunting

Pada tahun 2009, Gary bersama saudara abangnya AJ Vaynerchuk, mengasaskan VaynerMedia, sebuah agensi digital yang menumpukan kepada media sosial.[16]Syarikat tersebut membekalkan perkhidmatan media sosial dan strategi kepada syarikat seperti Fortune 500 General Electric, Anheuser-Busch, Mondelez dan PepsiCo.[16][17]Pada tahun 2015, VaynerMedia dinamakan sebagai salah sebuah agensi Senarai A AdAge.[17]Dengan 600 orang pekerja pada tahun 2016, VaynerMedia meraih pendapatan sebanyak $100 juta.[18]Syarikat ini juga menjadi rakan kongsi Vimeo untuk menghubungkan jenama dan pengeluar filem bagi kandungan digital.[19]

The Gallery sunting

Pada tahun 2017 The Wall Street Journalmelaporkan bahawa Vaynerchuk telah menubuhkan The Gallery, sebuah syarikat baharu yang merangkumi PureWow berikutan pengambilalihannya oleh Vaynerchuk dan RSE Ventures serta media dan harta kandungan kreatif lain.[4][20] PureWow Ketua Pegawai Eksekutif Ryan Harwood merupakan Ketua Pegawai Eksekutif The Gallery. Sebuah syarikat sekutu kepada agensi digital, VaynerMedia, Marketing Dive melaporkan bahawa tindakan PureWow "bekerjasama dengan VaynerMedia memberi akses kepada keupayaan video yang lebih tinggi dengan bantuan pasukan dalaman serta sumber yang ada"[21]

Pelaburan sunting

Vaynerchuk telah membuat beberapa pelaburan peribadi sebagai seorang penyumbang labur termasuk dalam penerbitan wanita, PureWow pada tahun2017.Beliau juga telah melabur dalam Uber, Facebook, Twitter, Venmo dan banyak lagi perniagaan yang baru bermula.[22]

VaynerRSE sunting

Setelah meninggalkanTumblr dan Buddy Media, Vaynerchuk memulakan VaynerRSE sebagai sebuah dana pelaburan bernilai $25 juta bersama Matt Higgins dari RSE Ventures disokong oleh Stephen Ross, pemilik Miami Dolphins. Dana ini menumpukan kepada teknologi pengguna dan bertindak sebagai inkubator di samping penyumbang labur tradisional.[23]

BRaVe Ventures sunting

Pada tahun 2014, Vaynerchuk berkerjasama dengan usahawan TV sosial Jesse Redniss dan David Beck untuk menubuhkan BRaVe Ventures.[24]Firma ini memberi nasihat kepada rangkaian televisyen tentang teknologi yang muncul serta dana dan inkubasi perniagaan yang baru bermula serta teknologi pelbagai layar dan rangkaian sosial.[25]Pada bulan November 2016 majalah Variety melaporkan bahawa Turner Broadcasting System telah memperoleh perniagaan khidmat nasihat milik BRaVe Ventures untuk memajukan perniagaan dan strategi bagi jenama-jenama kemegahannya, TBS dan TNT.[26]

VaynerSports sunting

Pada tahun 2016 Vaynerchuk melabur dalam agensi sukan, Symmetry untuk membentuk VaynerSports bagi menawarkan perkhidmatan penuh mewakili atlit.Pada tahun 2017, VaynerSports menandatangani draf penyertaan NFL termasuk Jalen Reeves Maybin dan Jon Toth.[27][28]

Media sunting

Planet of the Apps sunting

Pada bulan Februari 2017, Apple dan Propagate mengumumkan pelancaran Planet of the Apps, sebuah siri realititelevisyen dengan barisan pelakon yang berulang termasuk Vaynerchuk, will.i.am dan Gwyneth Paltrow.[29]Dihuraikan sebagai Shark Tank bertemu American Idol, dalam rancangan tersebut Vaynerchuk dan pasukannya menilai cadangan daripada pembangun aplikasi yang berebut untuk melabur. Barisan pelakon dalam siri ini menyertai Product Hunt dalam rombongan ke Austin, San Francisco, Los Angeles dan New York.[30][31]

DailyVee sunting

DailyVee merupakan satu siri dokumentari video harian di YouTube yang menceritakan tentang kehidupan Vaynerchuk sebagai seorang bapa, ahli perniagaan dan Ketua Pegawai Eksekutif.Bermula pada tahun 2015, Vaynerchuk membuat rakaman secara langsung, menemu duga orang lain dan menyiarkan mesyuarat pelabur serta sesi strategi di VaynerMedia.[32]Dalam siri ini Vaynerchuk melaksanakan strategi media sosial, terutamanya melalui Snapchatuntuk mendemonstrasikan pemasaran media sosial.[33]

The #AskGaryVee Show sunting

Pada tahun 2014, Vaynerchuk melancarkan The #AskGaryVee Show diYouTube,bersama pasukan penerbitan kandungan peribadinya. Dalam rancangan tersebut, Vaynerchuk memancing soalan-soalan dari Twitter danInstagramdan menjawab dengan cara istimewa dan spontan.[34]Soalan-soalan dalam rancangan ini yang kebiasaannya tentang topic keusahawanan, keluarga dan perniagaan yang disaring terlebih dahulu oleh pasukan penerbitan tetapi tidak dilihat oleh Vaynerchuk sehingga rakaman rancangan dibuat. AskGaryVee Show menjadi inspirasi bagi buku keempat Vaynerchuk, AskGaryVee: One Entrepreneur's Take on Leadership, Social Media, and Self-Awareness.[35]

Wine Library TV sunting

New Media Expo 2008
Kiri: bersama iJustine & Leo Laporte; Kanan: bersama Ben Parr, Ezarik, et al.

Vaynerchuk menjadi hos dalam sebuah blog video di Youtube yang dikenali sebagaiWine Library TV (WLTV atauThe Thunder Show) dari tahun 2006 hingga 2011 yang memaparkan ulasan, mencuba rasa serta nasihat tentang wain.. Rancangan ini mula disiarkan pada bulan Februari 2006 dan diterbitkan setiap hari di kedai Wine Library di Springfield, New Jersey.[36] Vaynerchuk muncul pada muka hadapan Majalah Mutineer keluaran bulan Disember 2008 dan melancarkan siri "Mutineer Interview"..[37]Tetamu selebriti yang diundang termasuk Jancis Robinson, Heidi Barrett, Kevin Rose, Timothy Ferriss, Jim Cramer yang terkenal dalam rancangan Mad Money di saluran CNBC, Wayne Gretzky dan Dick Vermeil.[38]

Dengan terbitnya 1,000 episod pada tahun 2011, Vaynerchuk menamatkan rancangan ini dan menggantikannya dengan siaran podcast video, The Daily Grape.Pada Ogos 2011, Vaynerchuk membuat pengumuman di Daily Grape tentang persaraannya dari menghasilkan blog video tentang wain.[39][40]

Wine & Web sunting

Pada2010, Vaynerchuk melancarkan Wine & Web di radio satelit Sirius XM. Susunan rancangan ini memaparkan pasangan percubaan rasa wain baharu dalam segmen“Wine of the Week” dengan liputan tentang peralatan,aliran dan perniagaan yang baru dimulakan dalam segmen “Web of the Week”.[41]

Penulisan sunting

Crush It! sunting

Pada Mac 2009, Vaynerchuk menandatangani satu urus janji yang melibatkan 10 buah buku dengan HarperStudioyang bernilai lebih daripada $1,000,000 dan mengeluarkan buku pertama iaitu, Crush It! Why Now is the Time to Cash in on your Passion, pada Oktober 2009.[42]Dalam beberapa minggu pertama pengeluarannya, Crush It! mencapai tempat #1 dalam senarai Amazon Best Seller bagi buku Pemasaran Internet. Juga muncul di tempat kedua dalam senarai jualan terlaris New York Times Hardcover Advice dan dalam senarai jualan terlaris Wall Street Journal.[43]Crush It!dipaparkan dalam ReadWrite, CBS Newsdan Psychology Today.[44][45][46]Crush It!juga merupakan antara buku pertama yang dikeluarkan pada platform Vook.[47]

The Thank You Economy sunting

Pada tahun 2011, buku kedua Vaynerchuk, The Thank You Economy menaiki tempat kedua dalam senarai jualan terlaris New York Times bagi buku berunsur nasihat berkulit keras. The Thank You Economy menerokai angka dan faktor lembut yang mendorong kejayaan hubungan antara perniagaan dan pengguna.[48]

Jab, Jab, Jab, Right-Hook sunting

Pada tahun2013, Vaynerchuk mengeluarkan buku ketiganya, Jab, Jab, Jab, Right Hook: How to Tell Your Story in a Noisy Social World melalui penerbit Harper Business. Dengan menekankan pada kempen dan strategi yang berjaya dan juga yang gagal merentasi semua platform media sosial utama, buku ketiga Vaynerchuk menunjukkan strategi pemasaran dan taktik pemasaran media sosial yang perlu dielakkan atau digunakan oleh perniagaan,Jab, Jab, Jab, Right-Hook muncul buat kali pertama di kemuncak senarai buku perniagaan Wall Street Journal dan di kedudukan nombor empat dalam senarai terlaris New York Times bagi buku berunsur nasihat berkulit keras .[49][50]

AskGaryVee: One Entrepreneur's Take on Leadership, Social Media, and Self-Awareness sunting

Pada bulan Mac 2016, Vaynerchuk mengeluarkan buku keempatnya, AskGaryVee: One Entrepreneur's Take on Leadership, Social Media, and Self-Awareness, di bawah penerbitan Harper Business, sebahagian daripada Harper Collins. Berdasarkan kepada siri YouTube Vaynerchuk, #AskGaryVee, Vaynerchuk telah menyusun soalan-soalan serta jawapan-jawapan dari rancangan YouTube beliau dalam sebuah novel yang berasaskan kategori-kategori termasuk kesedaran diri, keibubapaan dan kesibukan berniaga. #AskGaryVee menandakan buku keempat Vaynerchuk yang menjadi jualan terlaris diNew York Times.[49]

Pengiktirafan sunting

Vaynerchuk pernah ditampilkan di "The New York Times",[51]The Wall Street Journal,[52]GQ,danTime,[53]dan telah muncul di rancangan Late Night with Conan O'Brien dan The Ellen DeGeneres Show.[54] Dalam tahun2000-an, Vaynerchuk digelar sebagai"guru wain pertama dalam era YouTube",[55][56] "bintang baharu dunia wain",[57]dan oleh Rob Newsom, pembuat wain di Washington State, "di luar Robert M. Parker yang mungkin merupakan pengkritik wain paling berpengaruh di Amerika Syarikat".[58]Pada tahun 2003, majalah Market Watch menyampaikan anugerah “Market Watch Leader" kepada Gary Vaynerchuk, lalu menjadikan beliau sebagai penerima anugerah ini yang paling muda. Pada bulan Julai 2009 Decanter meletakkan Vaynerchuk di tempat ke#40 dalam susunan kedudukan "The Power List" yang merangkumi individu-individu berpengaruh dalam industri wain, dengan menyatakan bahawa beliau "wakil bagi kuasa penulisan blog".[59][60]

Pada tahun 2011, The Wall Street Journal memasukkan Vaynerchuk dalam senarai Twitter’s Small Business Big Shots sementara Bloomberg’s Business Week memasukkan beliau ke dalam senarai 20 People Every Entrepreneur Should Follow.[61]Pada tahun 2013, Vaynerchuk berjaya ditampilkan di muka hadapan majalah Inc. keluaran bulan November dalam artikel "How to Master the 4 Big Social-Media Platforms.”[62]

Pada tahun2014, beliau tersenarai di dalam Fortune’s 40 Under 40 dan dipilih sebagai hakim dalam peraduan ratu Miss America. Pada tahun 2015,beliau tersenarai dalam Crain's New York Business 40 Under 40 dan dimasukkan ke dalam senarai Inc. iaitu “Top 25 Social Media Keynote Speakers You Need to Know.”[63]Pada tahun 2016 Vaynerchuk menjadi hakim pertandingan Genius Awards.[64][65]

Bibliografi sunting

  • #AskGaryVee: One Entrepreneur's Take on Leadership, Social Media, and Self-Awareness Hardcover (2016) ISBN 0062273124
  • Crush It!: Why NOW Is the Time to Cash In on Your Passion (2009) ISBN 0061914177
  • Gary Vaynerchuk's 101 Wines: Guaranteed to Inspire, Delight, and Bring Thunder to Your World (2008) ISBN 1594868824

Rujukan sunting

  1. ^ Valencia Higuera (February 9, 2017). "Tony Robbins and 18 of the richest social media influencers you should be following". MSN. Dicapai pada 20 February 2017.
  2. ^ "Gary Vaynerchuk - Do u live in San Diego ? I'm doing a... | Facebook". www.facebook.com. Dicapai pada 2016-04-18.
  3. ^ Lapidario, Milie (2012-02-04). Quicklet On Gary Vaynerchuk's Crush It! (CliffsNotes-like Book Summary) (dalam bahasa Inggeris). Hyperink Inc. ISBN 9781614647652.
  4. ^ a b "Gary Vaynerchuk is buying PureWow, a women's media company that generated about $20 million in 2016". Business Insider. Dicapai pada 20 February 2017.
  5. ^ "How Gary Vaynerchuk Scales The Unscalable". Forbes magazine. Dicapai pada 20 February 2017.
  6. ^ "Millionaire Gary Vaynerchuk Shares His Secrets on Personal Branding". Entrepreneur magazine. Dicapai pada 20 February 2017.
  7. ^ "Entrepreneur and investor Gary Vaynerchuk 'cannot wait' for the startup armageddon". Recode. Dicapai pada 20 February 2017.
  8. ^ "Is Gary Vaynerchuk for real?". Fortune. Dicapai pada 20 February 2017.
  9. ^ "What Price a Soviet Jew?". The New York Times. 1981-02-22. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2016-12-09.
  10. ^ Gary Vaynerchuk (2016-03-19), SXSW Keynote 2016, dicapai pada 2016-12-09
  11. ^ "Gary Vaynerchuk Reveals the Skill That Made Him Millions (and That Anyone Can Learn)". Inc. magazine. Dicapai pada 20 February 2017.
  12. ^ Friend, tad. "V-va-va-voom!", The New Yorker, June 7, 2010. Accessed January 31, 2013. "He thumped his heart. 'I was born in the Soviet Union, and we were poor when we came here' — to Edison, New Jersey — 'so it's incredible to me that that many people are interested.'"
  13. ^ Asimov, Eric (September 8, 2009). "Pop goes the critic". The New York Times.
  14. ^ a b "At Wine Superstores, Tastings Are Just the Start". June 22, 2008. Dicapai pada October 10, 2016.
  15. ^ "SELLING WINE THE WEB 2.0 WAY". KERMIT PATTISON. September 16, 2008.
  16. ^ a b "Riding the Hashtag in Social Media Marketing". New York Times. November 2, 2013.
  17. ^ a b "Ad Age's 2015 Agency A-List Standouts: Grey, 180LA, AKQA and More". Dicapai pada 2016-12-09.
  18. ^ "CNBC's 'Follow the Leader' Uncovers the Secrets to Entrepreneurial Success". CNBC. Dicapai pada 23 February 2017.
  19. ^ "Vimeo and VaynerMedia Create Exclusive Content Partnership". AdAge. Dicapai pada 23 February 2017.
  20. ^ "Gary Vaynerchuk Acquires Women's Publisher PureWow". The Wall Street Journal. Dicapai pada 9 March 2017.
  21. ^ "Agency entrepreneur Gary Vaynerchuk buys women's lifestyle publisher". Marketing Dive. Dicapai pada 9 March 2017.
  22. ^ "How Gary Vaynerchuk Chooses Angel Investments". Inc. magazine. Dicapai pada 23 February 2017.
  23. ^ "Here's what Gary Vaynerchuck is really up to with that new $25M fund (exclusive)". Venture Beat. February 14, 2014.
  24. ^ "The Daily Startup: Digital Media Veterans Launch BRaVe Ventures". The Wall Street Journal. Dicapai pada 23 February 2017.
  25. ^ "Jesse Redniss, David Beck, and Gary Vaynerchuk Form BRaVe Ventures". AdWeek. Dicapai pada 23 February 2017.
  26. ^ "Turner Taps Consultancy to Build Ventures Around TBS, TNT". Variety. Dicapai pada 8 March 2017.
  27. ^ "Gary Vaynerchuk Creates VaynerSports to Go After the Sports Agency Market with Social Media". jobsinsocialmedia. June 14, 2016. Dicapai pada 22 June 2016.
  28. ^ "VaynerSports gets off to quick start with NFL draft prospects". The Business Journals. Dicapai pada 23 February 2017.
  29. ^ "3 big-name celebrities will be mentors on Apple's new show about apps". Business Insider. Dicapai pada 23 February 2017.
  30. ^ "There's nothing original about Apple's first foray into original TV". QZ. Dicapai pada 23 February 2017.
  31. ^ "Somebody at Apple thought the reality show 'Planet of the Apps' really needed Jessica Alba". TechCrunch. Dicapai pada 23 February 2017.
  32. ^ "Gary Vaynerchuk: "Entrepreneurs, You're Doing It Wrong"". Huffington Post]]. Dicapai pada 23 February 2017.
  33. ^ "Gary Vaynerchuk reveals the skill that made him millions and that anyone can learn". Inc. magazine. Dicapai pada 23 February 2017.
  34. ^ "#askgaryvee Changing the Mentoring Game for Young Entrepreneurs". Forbes magazine. Dicapai pada 23 February 2017.
  35. ^ "Why Gary Vaynerchuk's '#AskGaryVee Show' Is Marketing Gold". Entrepreneur magazine. Dicapai pada 23 February 2017.
  36. ^ Robinson, Jancis, Financial Times (November 15, 2008). "The online evangelist".
  37. ^ "Issue #3 Cover Mutineer, Gary Vaynerchuk, Appears on the CBS Early Show". Dicapai pada 9 November 2013.
  38. ^ Dick Vermeil, Paul Smith and Gary Vaynerchuk - Episode #237
  39. ^ "Gary Vaynerchuk's Daily Grape". Eater magazine. Dicapai pada 23 February 2017.
  40. ^ "The Final Grape". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-26. Dicapai pada 25 August 2011.
  41. ^ "Gary Vaynerchuk to Host Sirius XM Radio Show". AdWeek. Dicapai pada 23 February 2017.
  42. ^ Nelson, Sara (April 2, 2009). "Twitter's "Garyvee" Vaynerchuk Gets A Book Deal". Cite journal requires |journal= (bantuan)
  43. ^ Schuessler, Jennifer (2009-11-01). "Hardcover Advice for the week of October 24, 2009". The New York Times. Dicapai pada 2009-11-02.
  44. ^ Cameron, Chris (2010-02-05). "Weekend Reading: Crush It! by Gary Vaynerchuk". ReadWriteWeb. Dicapai pada 2013-05-08.
  45. ^ Pagliarini, Robert (2010-06-23). "Book Review: Gary Vaynerchuck's Crush It!". CBS News. Dicapai pada 2013-05-08.[pautan mati kekal]
  46. ^ Brooks, Katharine (2010-02-07). "Crush Your Dreams and Watch Them Take Off". Psychology Today. Dicapai pada 2013-05-08.
  47. ^ marketwire.com Gary Vaynerchuk's "Crush It!" Now a Vook
  48. ^ The New York Times The New York Times Best Sellers
  49. ^ a b "NYT Best Sellers". December 15, 2013.
  50. ^ "Best-Selling Books Week Ended Dec. 1". The Wall Street Journal.
  51. ^ Rosen, Jan M. (2009-03-01). "Be It Twittering or Bloggin, Its all about marketing". The New York Times. Dicapai pada 2013-05-08.
  52. ^ Vanessa O'Connell (2006-08-25). "Ripe for Change: Wine Sales Thrive As Old Barriers Start to Crumble". Wall Street Journal.
  53. ^ Stein, Joel, TIME Magazine (2007-06-28). "Totally Uncorked". Time Inc. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-24. Dicapai pada 2017-05-21.
  54. ^ tv.winelibrary.com "About Winelibrary TV". Dicapai pada 2007-02-24.
  55. ^ Steinberger, Mike, Slate (August 1, 2007). "Watch Me Drink!".
  56. ^ Crosariol, Beppi, The Globe and Mail (January 23, 2008). "YouTube wine guru: A subtle hint of 'Big League Chew'". Toronto.
  57. ^ Foley, Stephen (2008-08-03). "Gary Vaynerchuk: The wine world's new superstar". London: The Independent.
  58. ^ Page, Karen & Dornenburg, Andrew, Washington Post (2008-01-30). "Suited for the Super Bowl". The Washington Post.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  59. ^ Decanter (July 2009). "The Power List", p.39
  60. ^ Lechmere, Adam, Decanter.com (June 1, 2009). "Power List 2009: Parker Gives Way to Constellation". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-08. Dicapai pada 2017-05-21.
  61. ^ Sarah E. Needleman (2011-06-28). "Twitter's Small-Business Big Shots". Wall Street Journal.
  62. ^ "How to Master the 4 Big Social-Media Platforms". Inc Magazine. Dicapai pada 26 October 2013.
  63. ^ "40 Under 40 | Crain's New York Business". www.crainsnewyork.com. Dicapai pada 2015-10-12.
  64. ^ Segal, David (November 2, 2013). "Riding the Hashtag in Social Media Marketing". New York Times.
  65. ^ Fussman, Cal. "Gary Vaynerchuk: What I've Learned". Esquire. Dicapai pada 4 December 2013.

Pautan luar sunting