Gempa bumi Jawa 2017

Gempa bumi Jawa 2017 is located in Bumi
Gempa bumi Jawa 2017
Gempa bumi Jawa 2017 (Bumi)

Satu gempa bumi berukuran 6.5 magnitud melanda barat pulau Jawa, Indonesia pada jam 11.47 malam (Waktu Indonesia Barat) 15 Disember 2017. Gempa tersebut brlaku pada kedalaman 91 kilometer dan dikategorikan sebagai gema bumi kuat tetapi dalam.[1] Ia pada mulanya dikatakan sebagai gempa sekuat 7.3 magnitud oleh agennsi-agensi Indonesia. Kerosakan yang melauas dilaporkan di serata Tasikmalaya, bandar utama yang terdekat dengan pusat gempa. Satu amaran tsunami juga dikeluarkan oleh pihak berkuasa tetapi ia kemudiannya dibatalkan.[2] Empat orang mangsa telah disahkan mati dalam kejadian itu.

Kesan sunting

Kerosakan dilaporkan di bandar-bandar yang hampir dengan pusat gempa. Sekurang-kurangnya 40 buah rumah musnah dan 2,953 lagi rosak teruk. Sebuah hospital turut musnah di Banyumas,[3] manakala seorang lelaki terbunuh Ciamis apabila rumahnya musnah disebabkan oleh gempa bumi. Seorang wanita tua juga terbunuh di dalam sebuah rumah yang runtuh.[4] Kecederaan lain telah dilaporkan di Kebumen selepas insiden yang sama juga. Gambar-gambar yang menunjukkan struktur telah dikongsi secara meluas di media sosial.[5] Banyak rumah sama ada yang rosak atau musnah di kabupaten Pangandaran, Jawa Barat.[6] Seorang wanita meninggal dunia di Bantul kerana dia panik dan jatuh apabila gempa bumi terjadi.[7] Seorang lagi meninggal dunia kerana serangan jantung di Ciamis.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ "M 6.5 - 0km ESE of Cipatujah, Indonesia". earthquake.usgs.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Disember 2017.
  2. ^ Mardiana, Erna. "Sirene Tsunami Berbunyi, Warga Pangandaran Berlarian Selamatkan Diri" (dalam bahasa Indonesia). Detik. Dicapai pada 16 Disember 2017.
  3. ^ Ferdinan. "Gempa 6,9 SR di Tasikmalaya, RSUD Banyumas Rusak" (dalam bahasa Indonesia). Detik. Dicapai pada 16 Disember 2017.
  4. ^ "Strong earthquake rattles Indonesia's Java island; 2 dead" (dalam bahasa Indonesia). ABC News from Associated Press. Dicapai pada 15 Disember 2017.
  5. ^ "Foto: Gempa 6,9 SR di Tasikmalaya Rusak Rumah hingga Sekolah" (dalam bahasa Indonesia). Detik. Dicapai pada 16 Disember 2017.
  6. ^ "Rumah di Kawasan Pangandaran Banyak yang Rusak Warga Dievakuasi ke Dataran Tinggi" (dalam bahasa Indonesia). Tribun. Dicapai pada 16 Disember 2017.
  7. ^ Permadi, Agie (16 Disember 2017). "Jumlah Korban tewas Akibat Gempa Bumi Bertambah Menjadi Tiga Orang". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 17 Disember 2017.
  8. ^ "Gempa Bumi Tasikmalaya, Jumlah Korban Meninggal Menjadi 4 Orang". Tempo.co (dalam bahasa Indonesia). 17 Disember 2017. Dicapai pada 17 Disember 2017.