Genting Resort Secret Garden

Genting Resort Secret Garden (Cina ringkas: 密苑云顶乐园Cina tradisional: 密苑雲頂樂園pinyin: Mìyuàn Yúndǐng Lèyuán) merupakan pusat peranginan bertema ski yang terletak di Lebuh Wutong, Taizicheng, Hebei.[1] Resort tersebut terletak di Pergunungan Dama yang terletak di antara Gunung Taihang dan Gunung Yanshan. Suhu purata tahunan di situ ialah 3.3°C.[1]

Gelanggang luncur papan salji
Dunia Genting

Apabila siap sepenuhnya, resort tersebut akan mempunyai 88 cerun meliputi kawasan lebih 70km panjang, dengan 22 lif berkualiti tinggi buatan Eropah sepanjang 30km. Resort tersebut juga akan menjadi resort kesihatan dan santai ekopelancongan lima bintang, dengan kapsiti tahunan seramai 1.8 juta pelancong.[2] Resort tersebut kini mempunyai 35 cerun.[3]

Sejarah sunting

Pada 16 Disember 2012, Genting Resort Secret Garden mula beroperasi secara rasmi. Resort tersebut dibina oleh Kumpulan VXL dan dilaburkan serta dikendalikan oleh Kumpulan Genting Malaysia.[4][5] Menurut Pengerusi Kumpulan VXL, Datuk Lim Chee Wah, kawasan tersebut asalnya merupakan kawasan pertanian yang tidak mempunyai apa-apa jua kemudahan.[6] Projek tersebut berharga sebanyak RM11.83 bilion.[7]

Menurut David Xiao, CEO resort tersebut, Genting Resort Secret Garden telah menjadi tempat bagi beberapa pertandingan yang diperakui oleh Persekutuan Ski Antarabangsa (FIS).[8] Pada 2014, resort tersebut telah menjadi salah satu penaja bagi Jawatankuasa Bidaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.[6] Pada 2015, China berjaya membida untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, dan Genting Resort Secret Garden telah dipilih sebagai salah satu tempat pertandingan dalam Kluster Zhangjiakou. Zon A dan B Taman Ski Genting akan menganjurkan pertandingan ski gaya bebas dan luncur papan salji gaya bebas.[9]

Pada 2016, beberapa kemudahan seperti gelanggang aerial gaya bebas dan gelanggang halfpipe telah dibuka.[10][11] Gelanggang halfpipe merupakan gelanggang bertaraf Olimpik yang pertama di China dan akan menjadi pusat latihan bagi atlet kebangsaan luncur papan salji halfpipe dan ski halfpipe.[12]

Pada 1 Disember 2015, Air & Style telah menjadi rakan kerjasama strategik dan ekoran daripada itu, Genting Resort Secret Garden akan menjadi "Kem Latihan Rasmi Air & Style". Pada masa yang sama, apartmen belia berilham Resort Ski Laax di Switzerland telah dibina.[8] Pada Mei 2017, Squaw Valley Alpine Meadows telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Genting Resort Ski Garden.[13]

Pertandingan sunting

Genting Resort Ski Garden telah menganjurkan Piala Dunia FIS bagi acara luncur papan salji halfpipe pada tahun 2019 dan Piala Dunia FIS bagi acara snowboard cross pada 2019 dan 2021.[14] Resort tersebut juga menganjurkan semua acara luncur papan salji gaya bebas dan ski gaya bebas (kecuali Big Air, yang dianjurkan di Big Air Shougang).[15]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "密苑云顶乐园" [Genting Resort Secret Garden] (dalam bahasa Cina). Kumpulan Media Zhangjiakou News. 21 Mei 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Mac 2018.
  2. ^ "Usaha Genting maju kemudahan ski taraf dunia dipuji". Berita Harian. 5 November 2016. Dicapai pada 3 April 2022.
  3. ^ "ABOUT US - ABOUT SECRET GARDEN". secretgardenresorts.com. Dicapai pada 3 April 2022.
  4. ^ "Genting to open "10 billion dollar" ski resort in China: Lim Chee Wah". The Edge. 6 September 2012. Dicapai pada 3 April 2022.
  5. ^ "崇礼密苑云顶乐园开业:国际高端冰雪体验". 新浪. 2012-12-20. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-26.
  6. ^ a b Ho, Wah Foon (20 November 2016). "The secret of China's Genting Olympic resort". The Star. Dicapai pada 3 April 2022.
  7. ^ Tan, CK (3 Februari 2022). "Malaysia casino giant Genting's ski bet pays off at Winter Olympics". Nikkei. Dicapai pada 3 April 2022.
  8. ^ a b Gu, Liping (2 Disember 2015). "Beijing 2022 Games snow venue becomes official training camp of Air & Style". English China News Service. Dicapai pada 3 April 2022.
  9. ^ "Secret Garden". FIS. 22 September 2017. Dicapai pada 3 April 2022.
  10. ^ "密苑云顶U型池场地正式投入使用 点燃冬奥激情" [Gelanggang halfpipe Genting Resort Secret Garden dibuka secara rasmi - Menyalakan semangat Sukan Olimpik Musim Sejuk] (dalam bahasa Cina). Sina. 2016-12-18. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-05.
  11. ^ "密苑云顶乐园2016-17雪季开板 首滑派对精彩纷呈" [Musim 2016-17 Genting Resort Secret Garden bermula - Parti pembukaan yang sangat menarik diadakan] (dalam bahasa Cina). China Daily. 21 November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2022. Dicapai pada 3 April 2022.
  12. ^ "Half-pipe ski team eyes Olympic glory". china.org.cn. 20 Disember 2016. Dicapai pada 3 April 2022.
  13. ^ Flannery, Russell (3 Julai 2016). "Squaw Valley Expects Beijing Olympics Alliance To Boost China Business 10-Fold". Forbes. Dicapai pada 3 April 2022.
  14. ^ "Snowboarding 101: Venues". NBC Olympics. 11 Oktober 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-03-09. Dicapai pada 3 April 2022.
  15. ^ "Discover Beijing 2022's snow venues". olympics.com. 1 Februari 2019. Dicapai pada 3 April 2022.

Pautan luar sunting