Gerakan 1 Mac atau Gerakan Samil merupakan paparan terawal yang menunjukkan penentangan orang Korea terhadap pendudukan Jepun di Empayar Korea. Nama gerakan ini diambil bersempena dengan tarikh peristiwa itu berlaku iaitu pada 1 Mac 1919 di mana ia nama gerakan itu secara literalnya bermaksud "Gerakan Tiga Satu" atau "Gerakan Mac Pertama" dalam bahasa Korea. Ia juga kadang kala disebut sebagai Demonstrasi Manse (Hangul: 만세운동; Hanja: 萬歲運動; RR: Manse Undong, "Gerakan Kemerdekaan"). Dalam gerakan ini terjadi suatu insiden dimana sekitar 7000 orang mati akibat dibunuh oleh pihak polis dan tentara Jepun.[1]
Gerakan 1 Mac ڬرقن 1 مچ
Monumen Gerakan 1 Mac
Nama rasmi
Gerakan 1 Mac Gerakan Samil
Juga dikenali sebagai
Demonstrasi Manse
Diraikan oleh/di
Orang Korea Selatan
Jenis
Kebangsaan
Kepentingan
Menandakan paparan terawal penentangan orang Korea terhadap pendudukan Jepun.