Giovanni Alejandro Reyna (lahir 13 November 2002) ialah pemain bola sepak profesional Amerika yang bermain sebagai pemain tengah menyerang atau pemain sayap untuk kelab Liga Perdana, Nottingham Forest, secara pinjaman dari kelab Bundesliga, Borussia Dortmund, dan pasukan kebangsaan Amerika Syarikat. Dianggap sebagai salah seorang pemain muda terbaik di dunia,[3][4][5] beliau terkenal dengan kebolehan bermain, kedudukan dan menggeleceknya.

Giovanni Reyna
Reyna bersama Borussia Dortmund pada tahun 2020
Maklumat peribadi
Nama penuh Giovanni Alejandro Reyna[1]
Tarikh lahir (2002-11-13) 13 November 2002 (umur 21)
Tempat lahir Sunderland, England
Ketinggian 6 ft 1 in (1.85 m)[2]
Posisi permainan Pemain tengah menyerang, sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Nottingham Forest
(dipinjam dari Borussia Dortmund)
Nombor 20
Kerjaya remaja
2015–2019 New York City FC
2019–2020 Borussia Dortmund
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2020– Borussia Dortmund 90 (13)
2024–Nottingham Forest (pinjaman) 1 (0)
Pasukan kebangsaan
2016–2017 Amerika Syarikat B-15 11 (7)
2017–2018 Amerika Syarikat B-16 5 (0)
2018–2019 Amerika Syarikat B-17 18 (8)
2020– Amerika Syarikat 24 (7)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 4 February 2024
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 20 November 2023

Reyna memulakan kerjaya mudanya dengan kelab kampung halamannya, New York City FC, dan mendapat kejayaan bersama kelab Bundesliga Borussia Dortmund. Semasa DFB-Pokal 2019–20 dia menjadi penjaring termuda dalam sejarah Piala Jerman pada usia 17 tahun, dan merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi DFK-Pokal 2020–21 berikut. Pada tahun 2020 dia menjadi pemain Bundesliga termuda yang mencipta hatrik umpanan kepada gol.[6] Dia berada dalam senarai pendek untuk Golden Boy 2021 dan Trofi Kopa 2021.[7]

Dilahirkan kepada pemain pasukan kebangsaan A.S., Claudio Reyna dan Danielle Reyna, dia telah mewakili Amerika Syarikat di beberapa peringkat remaja, menjaringkan 16 gol dalam 31 penampilan remaja. Reyna membuat penampilan sulung untuk pasukan senior pada November 2020 dan memenangi Liga Negara-Negara CONCACAF pada 2021 dan 2023. Secara individu, dia memenangi anugerah Pemain Muda Lelaki Terbaik Bola Sepak A.S. pada 2020.

Rujukan sunting

  1. ^ "FIFA U-17 World Cup Brazil 2019: List of Players: USA" (PDF). FIFA. October 31, 2019. m/s. 24. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada December 27, 2019.
  2. ^ "Giovanni Reyna". Borussia Dortmund. Dicapai pada November 21, 2020.
  3. ^ "Who are the 39 best male players age 21 or under?". ESPN. April 29, 2021. Dicapai pada December 6, 2022.
  4. ^ "NXGN 2021: The 50 best wonderkids in football". Goal.com. Dicapai pada February 11, 2023.
  5. ^ "IFFHS World Best Young Player 2022". iffhs.com. Dicapai pada 2024-02-01.
  6. ^ "Gio Reyna makes history with assist hat-trick for Borussia Dortmund". bundesliga.com - the official Bundesliga website (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-06-06.
  7. ^ "Pedri wins prestigious Golden Boy award for 2021". NBC Sports (dalam bahasa Inggeris). 2021-11-23. Dicapai pada 2023-10-15.

Pautan luar sunting