Sungai Great Ouse adalah sebatang sungai di England dan kebanyakan bahagian sungai ini mengalir ke utara dan timur. Merupakan sungai terpanjang di British dengan nama "Ouse", sungai ini juga adalah sungai kelima terpanjang di United Kingdom.

Great Ouse
ڬريت اوس
Sungai Great Ouse selepas Brownshill Staunch, berdekatan Over di Cambridgeshire
Peta sungai Great Ouse dan kawasan tadahannya
Lokasi
Negara berdaulat United Kingdom
Negara England
Kaunti
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasiSyresham, Northamptonshire Selatan, Northamptonshire
 • koordinat52°05′33″N 01°05′35″W / 52.09250°N 1.09306°W / 52.09250; -1.09306
 • ketinggian150 meter (490 ka)
MuaraTeluk Wash 
 • lokasi
King's Lynn
 • koordinat
52°48′36″N 00°21′18″E / 52.81000°N 0.35500°E / 52.81000; 0.35500
 • ketinggian
0 meter (0 ka) (aras laut)
Panjang230 kilometer (140 bt)
Saiz lembangan8,380 m2 (90,200 ka2)
Aliran 
 • lokasiKawasan tadahan Sluis Denver[1]
 • purata15.8 m3/s (560 ka3/s)

Bermula dari Syresham di Northamptonshire, sungai Great Ouse mengalir melalui Buckinghamshire, Bedfordshire, Cambridgeshire dan Norfolk sebelum berakhir di Teluk Wash dan Laut Utara berhampiran Kings Lynn. Pihak-pihak berkuasa tidak bersetuju dengan kedua-dua sumber dan panjang sungai Great Ouse, di mana salah satu memetik panjangnya adalah 160 batu (260 km)[2] manakala yang lain mengatakan 143 batu (230 km).[3]

Nama Ouse adalah daripada bahasa Celt atau pra-Celt *Udso-s,[4] dan mungkin membawa maksud "air" atau "sungai yang mengalir perlahan",[5] jadi namanya adalah suatu ulang bazir (pleonasme). Bahagian hulu sungai Great Ouse juga dikenali sebagai "Sungai Barat Lama" dan "Ely Ouse", tetapi semua bahagian sungai sering kali dirujuk sebagai Ouse sahaja dalam penggunaan tidak rasmi (perkataan "Great" – yang asalnya bermaksud besar atau dalam kes sungai ini, panjang – digunakan untuk membezakan sungai ini dengan sungai-sungai lain yang turut dipanggil sebagai Ouse).

Rujukan sunting

  1. ^ "Ely Ouse at Denver Complex" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2017.
  2. ^ Clayton, Phil (2012). Headwaters: Walking to British River Sources (dalam bahasa Inggeris) (ed. pertama). London: Frances Lincoln Limited. m/s. 45. ISBN 9780711233638.
  3. ^ Owen, Susan; dll. (2005). Rivers and the British Landscape (dalam bahasa Inggeris). Carnegie. ISBN 978-1-85936-120-7. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Ogos 2019. Dicapai pada 29 Ogos 2020.
  4. ^ Pokorny, Julius. Indogermanisches etymologisches Wörterbuch (dalam bahasa Jerman). entry 9.
  5. ^ Mills, Anthony David (2003). A Dictionary of British Place Names (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. ISBN 0-19-852758-6.

Bibliografi sunting

Pautan luar sunting