Gruyère
Gruyère adalah keju bertekstur keras yang dibuat dari susu lembu mentah dari daerah Gruyère di Switzerland.[1] Keju Gruyère dinamakan mengikut desa tempat keju ini pertama kali dibuat.[2] Kulit keju ini berkedut dan berwarna coklat semulajadi.[2] Keju Gruyère mempunyai persamaan dengan keju Emmental, namun keju Gruyère memiliki warna kuning yang lebih gelap.[1] Selain itu, proses pematangan Gruyère lebih lama dibandingkan dengan Emmental sehingga teksturnya lebih padat dan rasanya lebih tajam.[1] [2]
Gruyère | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis | Keju susu lembu, keju dimasak tekan, keju Swiss |
Pensijilan | Gelaran asal dilindungi |
Asalan | |
Negara | Switzerland |
Wilayah, bandar | Fribourg, Waadt, Neuenburg, Jura |
Lokasi | Fribourg, Vaud, Neuchâtel, Wilayah Jura, Bernese Jura administrative district (en) , Bernese Mittelland administrative region (en) |
Ciri-ciri | |
Sumber susu | Lembu |
Dipasteurkan | Tidak |
Tekstur | Keras |
Kandungan lemak | 49% |
Tempoh penuaan | 5-12 bulan |
Maklumat lain | |
Tapak web | http://www.gruyere.com/ |
sunting · sunting di Wikidata |
Sejarah
suntingSejarah keju Gruyère bermula pada tahun 1155.[3] [4] Ketika itu para peternak dibenarkan untuk membuat keju dengan menggunakan peralatan yang disumbangkan oleh para biarawan.[3] [5] Namun, para peternak tersebut haruslah memberikan sebagian dari keju mereka kepada biarawan tersebut.[4] [5]
Para penternak tersebut harus naik ke gunung untuk memerah susu lembu mereka kerana di sana terdapat banyak rumput untuk memberi makan lembu-lembu tersebut.[6] Manakala perjalanan ke gunung sangat melelahkan sehingga tidak mungkin bagi mereka untuk pergi setiap hari.[6] Disebabkan itulah pada setiap musim panas beberapa orang ditugaskan untuk menjaga kawanan lembu milik seluruh penduduk desa.[6] Orang-orang tersebut juga bertugas untuk memerah susu lembu-lembu tersebut dan membuat keju setiap hari.[6] Keju tersebut mempunyai tahap kelembapan yang rendah sehingga boleh bertahan sepanjang musim panas.[6] Selain itu, keju tersebut juga dibuat dalam saiz yang besar dan kuat sehingga tidak rosak dalam perjalanan turun gunung.[6] Hingga kini keju Gruyère masih dihasilkan dengan saiz yang besar.[4]
Bentuk dan tekstur
suntingKeju ini berbentuk bulat dengan ukuran diameter 58 sampai 66 sentimeter dan tinggi 10 hingga 13 sentimeter.[3] Berat keju ini sekitar 20 sampai 45 kilogram.[4] Kulit keju ini memiliki warna coklat dan bertekstur kasar dan licin.[3] Keju ini memiliki lubang-lubang kecil di bahagian dalamnya.[3] [7] Lubang-lubang tersebut memiliki diameter antara 4 sampai 5 milimeter.[3]
Pembuatan
suntingKeju Gruyère dibuat dengan menggunakan susu lembu yang tidak dipasteur.[3] [7] Susu ini diperolehi dari lembu-lembu yang diberi makan rumput pada musim panas dan jerami pada musim sejuk.[3] Susu tersebut haruslah segera diproses dalam masa 18 jam selepas pemerahan.[3] Untuk membuat keju Gruyère dengan berat 35 kilogram, susu lembu sebanyak 400 liter diperlukan.[4] Susu tersebut dipanaskan dengan suhu 34° C kemudian renet ditambah.[7] [8] Dadih susu kemudian dihancurkan lalu dimasak sambil dikacau.[3] [7] [8] Kemudian dadih tersebut dicetak dan ditekan selama 16 jam untuk menghasilkan tekstur yang keras dan padat.[3] [8] Setelah itu, keju direndam dalam air masin selama lapan hari.[7] [8] Tahap selanjutnya adalah pematangan, selama sekitar 5 hingga 12 bulan.[3] [8] Keju Gruyère Amerika dimatangkan selama 3 bulan, sedangkan keju Gruyère Swiss dimatangkan selama sekurang-kurangnya 5 bulan.[8]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b c (Inggeris) Gruyere, Cheese.com. Diakses pada 8 Mei 2010.
- ^ a b c (Inggeris) Switzerland's Famous Gruyere Cheese, I Love Cheese. Diakses pada 8 Mei 2010.
- ^ a b c d e f g h i j k l Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaLexicon of Cheese
- ^ a b c d e (Inggeris) Harbutt, Juliet (2006). The World Encyclopedia of Cheese. Anness Publishing Ltd. ISBN 978-1-84309-960-4. Page 104.
- ^ a b (Inggeris) History of Gruyere AOC, Gruyere.com. Diakses pada 8 Mei 2010.
- ^ a b c d e f (Inggeris) The Strange History of Cheese, Live Science. Diakses pada 8 Mei 2010.
- ^ a b c d e (Inggeris) What is Gruyere?, Wise Geek. Diakses pada 8 Mei 2010.
- ^ a b c d e f (Inggeris) Gruyere Cheese Diarkibkan 2010-05-02 di Wayback Machine, Practically Edible. Diakses pada 8 Mei 2010.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Gruyère |