Guli Biru

Guli Biru (Bahasa Inggeris: The Blue Marble) ialah sebuah fotograf Bumi yang masyhur, diambil pada 7 Disember 1972 oleh anak kapal pesawat angkasa lepas Apollo 17, pada jarak kira-kira 45,000 kilometer (28,000 bt).[1]

Kapsyen asal: "Pandangan Bumi seperti dilihat oleh anak kapal Apollo 17 bergerak ke arah Bulan. Fotograf pinggir laut rentas bulan menganjur dari kawasan Laut Mediterranean ke litupan air batu kutub selatan Antartika. Ini kali pertama trajektori Apollo memungkinkan pemfotografan litupan air batu kutub selatan. Perhatikan awan tebal melitupi Hemisfera Selatan. Hampir keseluruhan garis pesisir Afrika boleh dilihat. Semenanjung Tanah Arab boleh terlihat di pinggir timur laut Afrika. Pulau besar di luar pinggir laut Afrika ialah Madagaskar. Tanah besar Asia berada di ufuk ke arah timur laut."

Namanya juga digunakan oleh NASA kepada sesiri set data imej 2012 yang melitupi keseluruhan glob pada leraian tinggi secara relatif, dicipta dengan hati-hati meneliti jujukan tangkapan satelit diambil dari masa ke masa, untuk menghapuskan sebanyak awan pelitup yang mungkin daripada set imej terkumpul semak.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Petsko, Gregory A (2011). "The blue marble". Genome Biology. 12 (4): 112. doi:10.1186/gb-2011-12-4-112.[pautan putus]

Pautan luarSunting

Fotograf 1972Sunting

Imej komposit NASA abad ke-21Sunting

Templat:NASA navbox