Voyager 1

Kuar angkasa lepas

Kapal angkasa lepas Voyager 1 ialah kuar angkasa lepas 722 kilogram (1,592 lb) yang dilancarkan oleh NASA pada tahun 1977, untuk mengkaji Sistem Suria bahagian luar dan medium antara najam. Dilancarkan pada 5 September, kapal angkasa ini menerima arahan rutin dan menghantar data kembali melalui Deep Space Network. Dengan jarak sejauh 120 unit astronomi (1.8x1010 km) setakat Februari 2012,[1] ia merupakan object buatan manusia terjauh dari Bumi. Voyager 1 kini berada dalam heliosalut, iaitu lapisan terluar heliosfera. Pada 15 Jun 2012, ahli sains NASA melaporkan yang Voyager 1 mungkin berada sangat dekat untuk memasuki ruang antara bintang dan menjadi objek buatan manusia yang pertama untuk meninggalkan Sistem Suria.[2][3]

Voyager 1
Sebuah kuar angkasa lepas
Kapal angkasa lepas Voyager
PengendaliNASA / JPL
Jenis misiLintas terbang
Lintas terbangMusytari, Zuhal
Tarikh Berlepas1977-09-05 12:56:00 UTC
(47 tahun, 1 bulan dan 30 hari lalu)
Kenderaan PelancarTitan IIIE / Centaur
Kawasan PelancaranSpace Launch Complex 41
Cape Canaveral Air Force Station, Florida, Amerika Syarikat
Tempoh misiSedang dijalankan (misi antara najam)
(45 tahun dan 10 bulan berlalu)
bertemu Musytari
(dicapai 1979-04-13)
bertemu Zuhal
(dicapai 1980-12-14)
ID COSPAR1977-084A
Laman webTapak web Voyager NASA
Jisim721.9 kg (1,592 lb)
Kuasa420 W (3 RTG)

Pada 12 September 2013, NASA mengumumkan bahawa Voyager 1 telah memasuki ruang antara bintang pada 25 Ogos 2012, sekaligus menjadi objek buatan manusia pertama yang melakukan sedemikian.[4][5][6][7][8][9] Setakat 2013, peneroka angkasa lepas ini bergerak dengan kelajuan relatif Matahari sebanyak 17kms.[10] Tenaga yang terdapat pada peneroka sudah menurun dan tidak akan dapat mengendalikan satu alat pun menjelang tahun 2025.

Sebagai sebahagian daripada program Voyager, bersama dengan kapal kembarnya Voyager 2, kapal angkasa ini dalam misi lanjutan, ditugaskan untuk mencari dan mengkaji sempadan Sistem Suria, termasuk lingkaran Kuiper, heliosfera dan ruang angkasa lepas antara najam. Misi utamanya tamat pada 20 November 1980, selepas melawati sistem Musytari pada 1979 dan sistem Zuhal pada 1980. Ia merupakan kuar angkasa lepas pertama menangkap imej terperinci dua planet terbesar Sistem Suria dan bulan mereka.

Pertemuan dengan planet Musytari

sunting

Voyager 1 mula mengambil gambar Musytari pada bulan Januari 1979. Jaraknya yang paling dekat dengan Musytari berlaku pada 5 Mac 1979 pada jarak lebih kurang 349,000 kilometer dari pusat planet tersebut.[11] Oleh sebab jaraknya yang lebih dekat membenarkan peleraian yang lebih tinggi, kebanyakan pemerhatian tentang persekitaran bulan, gelang, medan magnet, dan jalur sinaran sistem Musytari dibuat dalam jangka masa 48 jam yang dicapai semasa pendekatan terdekat. Voyager 1 selesai mengambil gambar Musytari pada April 1979.

Kedua-dua peneroka Voyager membuat beberapa penemuan penting tentang Musytari, satelit-satelit, jalur-jalur sinaran, dan gelang planet yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Penemuan yang paling memeranjatkan ialah kehadiran aktiviti gunung berapi bulan Io, yang belum pernah dicerap sama ada dari Bumi ataupun oleh Pioneer 10 mahupun Pioneer 11.

Pertemuan dengan Zuhal

sunting

Trajektori bantuan graviti di Musytari berjaya dilaksanakan oleh kedua-dua kuar Voyager dan kedua-duanya berjaya menuju ke planet Zuhal dan sistem bulan dan gelang planet tersebut. Penerbangan lalu Voyager 1 pada Zuhal berlaku pada bulan November 1980, dan jarak terdekat yang dicapainya berlaku pada 12 November apabila peneroka tersebut menghampiri Zuhal pada jarak 124,000 km dari awan Zuhal. Kamera kuar ini mengesan struktur-struktur kompleks yang terdapat pada gelang-gelang Zuhal, dan peralatan penderiaan jauhnya dapat mengkaji atmosfera-atmosfera Zuhal dan bulan gergasinya, Titan.[12]

Oleh sebab sebuah atmosfera tebal dan bergas pada Titan telah dikesan Pioneer 11 setahun lampau, para pengawal misi Voyager di Makmal Pendorong Jet (Jet Propulsion Laboratory) memilih untuk menghantar Voyager 1 merapati Titan pada jarak dekat, dan oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, mengakhiri misinya, yakni Pengembaraan Agung, di situ sahaja. (Untuk sambungan Pengembaraan Agung yang melibatkan Uranus dan Neptun, lihat rencana berkaitan dengan Voyager 2.)

Trajektori Voyager 1 yang melibatkan penerbangan lalu melintasi Titan menyebabkan pemesongan graviti yang menghantar peneroka angkasa lepas tersebut terkeluar daripada satah ekliptik, dan dengan itu menamatkan misi penerokaan angkasa lepasnya. Voyager 1 boleh diarah untuk mengambil trajektori lain yang membenarkannya untuk terbang lalu Pluto dengan bantuan kesan lastik graviti Zuhal, akan tetapi pilihan ini tidak diambil kerana penerbangan lalu Titan dikira lebih berniliai dari segi penyelidikan sains dan relatif berisiko rendah.[13]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Voyager 1, Where are the Voyagers - NASA Voyager 1
  2. ^ Jonathan Amos (15 Jun 2012). "Particles point way for Nasa's Voyager". BBC News. Dicapai pada 15 Jun 2012.
  3. ^ Timothy Ferris (Mei 2012). "Timothy Ferris on Voyagers' Never-Ending Journey". Majalah Smithsonian. Dicapai pada 15 Jun 2012.
  4. ^ Cook, Jia-Rui C.; Agle, D. C.; Brown, Dwayne (12 September 2013). "NASA Spacecraft Embarks on Historic Journey Into Interstellar Space". NASA. Dicapai pada 12 September 2013.
  5. ^ Barnes, Brooks (September 12, 2013). "In a Breathtaking First, NASA Craft Exits the Solar System". New York Times. Dicapai pada September 12, 2013.
  6. ^ Morin, Monte (September 12, 2013). "NASA confirms Voyager 1 has left the solar system". Los Angeles Times.
  7. ^ "Voyager 1 has entered a new region of space, sudden changes in cosmic rays indicate". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-21. Dicapai pada 20 March 2013.
  8. ^ "Report: Humanity Leaves the Solar System — Or Maybe Not". Time News Magazine. Dicapai pada 20 March 2013.
  9. ^ "Report: NASA Voyager Status Update on Voyager 1 Location". NASA. Dicapai pada 20 March 2013.
  10. ^ "Voyager Mission Operations Status Report # 2013-05-31, Week Ending May 31, 2013". JPL. Dicapai pada 19 August 2013.
  11. ^ "Encounter with jupiter". Dicapai pada 29 August 2013.
  12. ^ "Encounter with saturn". Dicapai pada 29 August 2013.
  13. ^ "Voyager – Frequently Asked Questions". Voyager.jpl.nasa.gov. February 14, 1990. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-21. Dicapai pada 2010-09-01.

Pautan luar

sunting

  Kategori berkenaan Voyager 1 di Wikimedia Commons