Gunung Bakar
Gunung Bakar (Palas) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Pahang Darul Makmur, Malaysia. Gunung Bakar mempunyai ketinggian setinggi 914.4 meter. Ia terletak di Taman Negara Kuala Tahan.[1]
Gunung Bakar | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 914.4 m (3,000 ka) |
Geografi | |
Lokasi | Pahang, Semenanjung Malaysia |
Gunung Bakar (Palas) mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas dan kawasan hutan Montane. Gunung Bakar juga telah dibangunkan oleh kerajaan sebagai sektor pelancongan di Taman Negara Kuala Tahan dengan memperkenalkan pakej pelancongan baharu iaitu mendaki Gunung Bakar. Pakej ini membolehkan penggemar aktiviti lasak seperti mendaki dapat menikmati keindahan alam semula jadi Gunung Bakar. Selain merancakkan lagi industri pelancongan negara, ia turut bertujuan untuk memberikan limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.