Gunung Tampilat
Gunung Tampilat merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Tawau di negeri Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia. Gunung Tampilat mempunyai ketinggian setinggi 963 meter.
Gunung Tampilat | |
---|---|
Titik tertinggi | |
Ketinggian | 963 m (3,159 ka) |
Geografi | |
Lokasi | daerah Tawau, Sabah Negeri di bawah Bayu, Malaysia |
Semasa era konfrontasi, sebuah stesyen pemancar semula telah didirikan di gunung Tampilat bagi memudahkan koordinasi dengan anggota tentera yang bertugas di hutan belantara.[1] Gunung ini dianggap penting kerana ia tersergam di kawasan yang agak rata dan kepentingannya sebagai membantu sistem perhubungan telah disebut dalam beberapa buku pengalaman perang.[2]