Templat:Use mdy dates

Gusti Huber
Kelahiran
Auguste Huber

(1914-07-27)27 Julai 1914
Meninggal duniaJulai 12, 1993(1993-07-12) (umur 78)
Mount Kisco, New York, Amerika Syarikat
PekerjaanPelaon
PasanganGotfrid Köchert (bercerai dengan dua orang anak);
Joseph Besch (dengan dua orang anak)
Anak-anakEmpat

Auguste "Gusti" Huber (27 Julai 1914 – 12 Julai 1993) merupakan pelakon teater dan filem dari Austria.

Biografi sunting

Huber dilahirkan di Wiener Neustadt, Austria pada 1914. Beliau menerima latihan sebagai seorang pelakon dari Rudolph Beer, yang turut bertanggungjawab membawa Huber berlakon pentas buat pertama kali di Zurich. Beliau menerima tawaran sebagai pelakon filem pada 1935 menerusi Tanzmusik, diikuti dengan Savoy-Hotel 217 (1936). Setahun kemudia, beliau muncul menerusi filem Unentschuldigte Stunde. Selain itu, beliau turut berlakon dalam Der Mann, von dem man spricht (1937), Land der Liebe (1937), Kleiner Mann - ganz gross! (1938), Marguerite (1939), dan Jenny und der Herr im Frack (1941), setelah empat tahun berlakon teater di Burgtheater dan beberapa pentas yang lain.[1]

Sekitar tahun 1946, beliau dan suami keduanya, Joseph Besch, pegawai tentera Amerika, berpindah ke A.S. Selepas itu, beliau mengurangkan perjalanan kerjayanya sebagai pelakon, dan muncul di Broadway sebanyak tiga kali (Flight into Egypt, Dial M for Murder sebagai Margot Wendice, dan The Diary of Anne Frank).[2]

Filem terakhir beliau adalah The Diary of Anne Frank (1959), dimana beliau melakonkan semula watak ibu Anne Frank, Edith.

Huber pernah berkahwin sebanyak dua kali. Perkahwinan bersama Gotfrid Köchert, mereka dikuarniakan dua orang anak perempuan, Bibiana Maria yang juga merupakan seorang pelakon dan Christiana Barbara. Manakala beliau menerusi perkahwinan kedua bersama Joseph Besch, beliau dikurniakan dua orang anak, Drea dan Andrew. Pelakon Samantha Mathis, anak perempuan Bibi, merupakan cucu Huber.

Filemografi terpilih sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Thomas Staedeli. "Portrait of the actress Gusti Huber". Cyranos.ch. Dicapai pada April 28, 2016.
  2. ^ Howe, Marvine (Julai 15, 1993). "Gusti Huber, Stage and Film Star And an Anne Frank Lecturer, 78". The New York Times.

Pautan luar sunting