Hakisan menghulu merujuk kepada hakisan yang terdapat di arus asal sungai, tetapi hakisan menghulu terbentuk secara pergerakan ke arah belakang (hulu sungai) sebuah aliran sungai, serta dapat memanjangkan sebuah aliran sungai.[1][2] Ia juga boleh merujuk kepada pelebaran ngarai melalui hakisan di sepanjang di bahagian pinggiran paling atas, apabila simbahan air memasuki ngarai dari permukaan yang lebih rata di atasnya, seperti di Taman Negara Cantonlands di Utah, Amerika Syarikat.

Hakisan menghulu

Hakisan menghulu merupakan proses hakisan fluvium yang dapat memanjangkan sungai, lembah atau galur atau lurah di sumbernya dan juga dapat membesarkan sistem lembangan saliran. Sebagai contoh, hakisan menghulu terdapat di Sungai Shenandoah, anak sungai kepada Sungai Potomac di negeri Virginia, Amerika Syarikat, iaitu memungkinkan Sungai Shenandoah untuk mencapai atau menangkap hulu-hulu (atau punca) sungai secara berturut-turut bagi Beaverdam Creek, Gap Run dan Goose Creek, iaitu tiga anak sungai yang lebih kecil daripada Sungai Potomac. Ia mempercepatkan proses hakisan menghulu kerana setiap pencapaian atau penangkapan bakal menambahkan efluen ke Sungai Shenandoah.[3] Terdapat tiga aliran sungai yang terbentuk akibat hakisan menghulu iaitu sungai insekuen yang terbentuk secara hakisan rawak tidak mengikut bentuk permukaan tanah, sungai upsekuen yang terbentuk melalui hakisan menghulu dengan pemotongan batuan yang kurang rintangan, dan sungai obsekuen dan resekuen terbentuk secara akan datang di kawasan sungai insekuen atau sungai upsekuen.[4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Essentials of Geology, 3rd Ed, Stephen Marshak
  2. ^ "hakisan menghulu". Istilah Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 April 2023 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  3. ^ Judson, Sheldon; Kauffman, M.E. (1990). Physical geology (ed. 8th). Englewood Cliffs, N.J.: Prentice Hall. m/s. 288–289. ISBN 0-13-666405-9.
  4. ^ Easterbrook, Don J. (1999). Surface processes and landforms (ed. 2nd). Upper Saddle River, N.J.: Prentice Hall. m/s. 147–152. ISBN 0-13-860958-6.

Pautan luar sunting