Hello Health Group

Hello Health Group merupakan sebuah syarikat kesihatan digital yang berpangkalan di Singapura.[1]

Hello Health Group
Jenis/bentuk sahPerniagaan, tapak web, syarikat swasta Sunting ini di Wikidata
IndustriKesihatan
Ditubuhkan2015
PengasasJames Miles-Lambert
Ibu pejabatSingapura
Kawasan perkhidmatanAsia Tenggara, Asia Timur, Asia Selatan
PerkhidmatanInformasi Kesihatan, Telekesihatan
Bilangan kakitangan351 Sunting ini di Wikidata
Anak syarikatHello Bacsi | Hello Doctor | Hello Doktor | Hello Khunmor | Hello Krupet | Hello Sayarwon | Hello Sehat | Hello Swasthya | Hello Yishi | Marry Baby
Tapak webhellohealthgroup.com
LinkedIn: hello-health-group Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Syarikat ini fokus dalam menyediakan informasi dan perkhidmatan kesihatan dalam bahasa tempatan[2], terutamanya di Asia Tenggara.[3]

Sejarah sunting

Hello Health Group diasaskan oleh James Miles-Lambert pada tahun 2015[4]. Kumpulan ini kemudiannya melancarkan platform pertama mereka iaitu Hello Bacsi di Vietnam pada tahun yang sama.[5]

Pada tahun 2016, Hello Health Group menerima dana berjumlah US$1.5 juta[6]. Pelaburan ini diketuai oleh CMG.Asia dan disertai oleh pelabur-pelabur lain termasuk Charles Toomey, bekas Ketua Perkhidmatan Kesihatan Global di DKSH.[7]

Dalam tahun yang sama, Hello Health Group telah melancarkan Hello Sehat di Indonesia[8] dan Hello Doktor di Malaysia.[9]

Pada tahun 2017, Hello Sayarwon telah dilancarkan di Myanmar sebagai portal kesihatan yang paling lengkap dalam bahasa tempatan.[10]  

Pada tahun 2018, Hello Health Group telah melancarkan Hello Khunmor di Thailand.

Pada tahun berikutnya, kumpulan ini telah menembusi 3 pasaran lain iaitu Hello Krupet di Kemboja,[11]  Hello Yishi di Taiwan, dan Hello Swasthya di India. Dengan ini, Hello Health Group telah berjaya menembusi pasaran di luar Asia Tenggara.[12]

Pada masa yang sama, Hello Health Group turut berjaya mengambil alih[13] portal Marry Baby yang merupakan laman sesawang tentang keibubapaan daripada Ringier Group.[14]

Pada tahun 2020, syarikat ini telah melancarkan Hello Doctor di Filipina.[15]

Perkhidmatan sunting

Hello Health Group bekerjasama rapat dengan pakar perubatan tempatan dan antarabangsa[16] dalam menyediakan informasi dan alat kesihatan dalam bahasa tempatan untuk membantu pembaca membuat keputusan yang tepat bagi perkara-perkara berkaitan kesihatan.[17]

Pada tahun 2022, syarikat ini telah melancarkan platform teleperubatan dan membolehkan tempahan janji temu secara atas talian di Vietnam[18], Indonesia dan Filipina.

Anugerah dan Akreditasi sunting

Pada tahun 2019, Hello Health Group telah dianugerahkan Galen Growth Most Innovative HealthTech Startup in Asia dan juga menerima USD$100k daripada Google.[19]

Hello Bacsi, Hello Sehat[20]  dan Hello Doktor merupakan antara laman sesawang di Asia Tenggara yang telah menerima HONcode certified - kod etika bagi laman sesawang yang menyediakan maklumat kesihatan.[21]  

Rujukan sunting

  1. ^ https://sg.news.yahoo.com/singapore-hello-health-group-raises-us-1-5m-050325008.html?guccounter=1
  2. ^ https://e.vnexpress.net/news/business/novartis-partners-launch-digital-patient-awareness-programs-4339046.html
  3. ^ https://e27.co/singapores-hello-health-group-raises-us1-5m-bring-healthcare-information-average-southeast-asian-20160629/
  4. ^ https://news.galengrowth.com/healthtech-startup-hello-health-group-empowering-millions-consumers-across-asia-informed-health-decisions/
  5. ^ https://web.archive.org/web/20200907045935/https://www.manilatimes.net/2020/06/28/business/sunday-business-i-t/never-stand-still/735935/
  6. ^ https://biotechinasia.com/2016/07/08/hello-health-group-closes-seed-round-of-usd-1-5-million/
  7. ^ https://e27.co/singapores-hello-health-group-raises-us1-5m-bring-healthcare-information-average-southeast-asian-20160629/
  8. ^ https://www.komite.id/2016/09/25/hellosehat-com-berekspansi-ke-malaysia-meluncurkan-hellodoktor-com/
  9. ^ https://web.archive.org/web/20161013192816/https://www.dealstreetasia.com/stories/hello-health-enters-malaysia-with-launch-of-hellodoktor-com-53700
  10. ^ https://www.mmtimes.com/news/health-care-just-click-away.html
  11. ^ https://dap-news.com/national/2020/01/17/25602/
  12. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-01. Dicapai pada 2019-10-01.
  13. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-10-01. Dicapai pada 2019-10-01.
  14. ^ https://www.ringier.com/singapores-hello-health-group-takes-over-the-marry-network-from-ringier-vietnam/
  15. ^ https://e27.co/news-roundup-asias-digital-health-company-hello-health-launches-in-the-philippines-under-hello-doctor-20200528/
  16. ^ https://e.vnexpress.net/news/business/novartis-partners-launch-digital-patient-awareness-programs-4339046.html
  17. ^ https://news.galengrowth.com/hello-health-launches-its-9th-country-with-the-launch-of-hello-doctor-in-the-philippines/
  18. ^ https://dantri.com.vn/suc-khoe/dich-vu-dat-lich-tham-kham-voi-bac-si-247-truc-tuyen-tu-hellobacsi-20220326065641824.htm
  19. ^ https://web.archive.org/web/20200807030014/https://news.galengrowth.com/press-release/hello-health-group-wins-galen-growths-most-innovative-healthtech-startup-in-asia-award/
  20. ^ https://inet.detik.com/business/d-3249570/hellosehat-disuntik-rp-20-miliar
  21. ^ https://biotechinasia.com/2016/07/08/hello-health-group-closes-seed-round-of-usd-1-5-million/

Pautan Luar sunting