Hideo Higashikokubaru
Hideo Higashikokubaru (東国原 英夫 , Higashikokubaru Hideo, lahir 16 September 1957) ialah seorang pelakon, pelawak dan ahli politik Jepun. Beliau terkenal dengan nama panggungnya Sonomanma Higashi (そのまんま東 , harafiahnya "Higashi yang tidak pernah berubah" atau "sekedar Higashi"), dalam media Jepun kerjayanya yang paling popular semasa menjadi pengacara tayangan TV bertajuk Istana Takeshi.
Hideo Higashikokubaru | |
---|---|
東国原 英夫 | |
Ahli Majlis Wakil Rakyat Jepun | |
Dalam jawatan 21 Disember 2012 – 17 Disember 2013 | |
Kawasan pilihan raya | Pakatan Kawasan Kinki[1] |
Gabenor Wilayah Miyazaki | |
Dalam jawatan 23 Januari 2007 – 20 Januari 2011 | |
Didahului oleh | Tadahiro Ando |
Digantikan oleh | Shunji Kōno |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Miyakonojō, Miyazaki, Jepun | 16 September 1957
Parti politik | Parti Pengasas Jepun (2012-2013) |
Gabungan politik lain | Bebas (2007-2012) |
Pasangan | Kazuko Kato (1990-2006 bercerai)[2] |
Tempat belajar | Universiti Senshu |
Pekerjaan | Pelawak, pelakon, ahli politik |
Laman web | Official website |
Higashikokubaru berkhidmat sebagai gabenor Wilayah Miyazaki dari tahun 2007 sehingga 2011. Beliau meletak jawatan untuk mara dalam perlawanan politik menentang penyandang Shintarō Ishihara pada pilihan raya Gabenor Tokyo 2011. Higashikokubaru hanya menduduki peringkat kedua dalam carta dengan jumlah pengundi sebanyak 1,690,669 undian.[3] Beliau berjaya dalam pilihan raya umum 2012, tetapi meletak jawatan sebagai Dewan Rakyat pada bulan Disember 2013.[4]
Rujukan
sunting- ^ Kinki results
- ^ Comedian Sonomanma Higashi, actress Kazuko Kato divorce[pautan mati kekal]
- ^ "Higashikokubaru to run again for Tokyo governorship". The Japan Times. Dicapai pada 2 November 2012.
- ^ Yoshida, Reiji (11 December 2013). "Higashikokubaru opts out of Nippon Ishin, Diet". Japan Times. Dicapai pada 20 December 2013.