Hidrologi merupakan kajian pergerakan, taburan, dan mutu air di bumi. Bidang ini memberi perhatian khusus kepada fenomena berkaitan kewujudan air seperti kitaran aliran dan sumbernya.

Meteorologi dan oseanografi tidak termsuk dalam hidrologi kerana hidrologi merupakan kajian air secara menyeluruh. Contoh bidang dalam hidrologi ialah hidrometeorologi, hidrogeografi dan kualiti air.

Ilmu hidrologi digunakan untuk kejuruteraan alam sekitar, perancangan dan penggubalan dasar dan polisi.