Hipokampus (dari bahasa Yunani kuno: ἱππόκαμπος, "kuda laut" - gabungan ἵππος hippos, "kuda" dan κάμπος kampos, "raksasa laut") merupakan komponen utama dalam otak manusia dan haiwan vertebrat lain, di mana hidupan-hidupan ini mempunyai dua hipokampus yang setiap satunya terletak di setiap belahan otak. Bahagian ini termasuk dalam sistem limbik dan ia memainkan peranan penting dalam penyatuan maklumat dari ingatan jangka pendek ke ingatan jangka panjang, dan di ruang memori yang membolehkan penentuan arah. Hipokampus terletak di bawah korteks serebrum (allokorteks) dan di lobus temporal medial haiwan kumpulan primat. Ia mengandungi dua bahagian utama yang saling berhubung iaitu hipokampus betul (juga dipanggil tanduk Amon)[1] dan girus dentata.

Lokasi hipokampus dalam otak manusia.

Nota sunting

Rujukan sunting

  • Pearce JM (Sep 2001). "Ammon's horn and the hippocampus". Journal of Neurology, Neurosurgery, and Psychiatry. 71 (3): 351. doi:10.1136/jnnp.71.3.351. PMC 1737533. PMID 11511709.

Pautan luar sunting