Merawan

genus tumbuhan
(Dilencongkan dari Hopea)

Merawan, mengerawan atau selangan ialah sejenis tumbuhan dalam genus Hopea[4][1]:138 keluarga Dipterocarpaceae. Genus ini mengandungi sebanyak 113 spesies yang bertaburan dari Sri Lanka, selatan India, Kepulauan Andaman ke Myanmar dan selatan China, dan ke arah selatan melalui Malesia ke New Guinea.[5]:392

Merawan
Hopea parviflora
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Malvales
Keluarga: Dipterocarpaceae
Subkeluarga: Dipterocarpoideae
Genus: Hopea
Roxb., nom. cons.[1]
Spesies

Sekitar 104. Lihat teks

Sinonim[2][3]
  • Balanocarpus Beddome
  • Dioticarpus Dunn
  • Hancea Pierre
  • Peirrea F.Heim
  • Petalandra Hasskarl

Peristilahan sunting

Nama merawan (Jawi: مراون) dan mengerawan (Jawi: مڠراون) asalnya dipakai kepada spesies merawan penak.[6]

Taksonomi sunting

Genus Hopea dinamakan sempena John Hope, Penjaga Diraja sulung Taman Botani Diraja, Edinburgh.[7]:948

Botani sunting

Pokok sunting

Akar pokok-pokok meranti banir dengan ketebalan sederhana. Batangnya kecil, sederhana atau kadang-kadang besar. Kulit kayu pokok muda perang dan licin yang kemudian merekah dengan tompok-tompok berwarna kelabu.[5]:391–392

Helai daunnya berbentuk hampir seperti segi empat panjang yang setangkup atau tidak pada pangkalnya dan tidak terlipat..[5]:391 Permukaannya keras seperti kertas atau kulit. Domatium (struktur kecil pada ketiak vena-vena teras pada permukaan bawah daun) biasa wujud.

Silara pokok kebanyakan spesies-spesies genus ini kecil, tetapi ada beberapa spesies yang mempunyai silara tinggi seperti spesies Hopea nutans.

Bunga sunting

Bunga pokok muncul dalam satu atau dua tangkai yang tumbuh bersambung secara langsung dari ketiak daun. Kudup sekuntum bunga merawan agak kecil dan berbentuk seakan-akan telur.

Kelopak bunga merawan mempunyai dua cuping panjang dan tiga cuping pendek berbanding kelopak bunga meranti yang lebih banyak cuping panjang.[1] Cuping kelopak berbentuk tebar layar (deltoid), mempunyai saiz yang hampir sama, dan bertindan. Pinggirnya sering mengandungi struktur-struktur yang kecil. Rangginya berbentuk bujur seakan-akan telur, Hampir semula spesies mempunyai ranggi berwarna putih kekuningan kecuali spesies-spesies H. oblongifolia dan H. thorelii yang mempunyai ranggi berwarna merah muda. Ranggi-ranggi ini berbulu halus di luar tetapi licin di dalam serta biasanya bersambung pada pangkalnya. Oleh itu, ranggi-ranggi bunga akan luruh bersama-sama.

Sekuntum bunga banyak spesies merawan biasanya mempunyai 15 batang sulur yang tidak sama panjang, kecuali bunga spesies-spesies H. recopei dan H. sangal yang mempunyai 10 batang sulur. Tangkai sulur melebar pada pangkalnya, cepu debunga dihubungkan pada tangkai sulur melalui benang nipis seolah-olah benang, hampir semua spesies kecuali H. recopei mempunyai benang ini. Setiap cepu mempunyai 4 pundi debunga.

Ovari superior: Bahagian bawahnya besar, dan cuping-cuping kelopak bertindan pada pangkalnya ketika bunga sedang berbuah.

Buah dihasilkan pokok jenis kekeras yang bebas daripada kelopaknya. Kotiledonnya berisi, dan tidak sama besar.

Spesies sunting

Spesies-spesies yang diterima dalam genus ini:[3]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Ashton, P. S. (September 2004). "Hopea Roxb.". Dalam Soepadmo, E.; Saw, L. G.; Chung, R. C. K. (penyunting). Tree Flora of Sabah and Sarawak. (free online from the publisher, lesser resolution scan PDF versions). 5. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. m/s. 138–184. ISBN 983-2181-59-3. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 September 2013. Dicapai pada 21 June 2008.
  2. ^ Xi-wen Li, Jie Li and Peter S. Ashton (2007). "Hopea Roxburgh". Flora of China. 13.
  3. ^ a b "Hopea Roxb". Plants of the World Online (POWO). Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 16 September 2022.
  4. ^ "Hopea". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  5. ^ a b c Ashton, Peter S. (2016). "Dipterocarpaceae". Flora Malesiana. 9 (1): 237–552 – melalui Naturalis Institutional Repository.
  6. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "mĕrawan". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 133 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  7. ^ de Lirio, Elton John; Freitas, Joelcio (Ogos 2014). "Request for a binding decision on whether Hopea Roxb. (Dipterocarpaceae) and Hopia Zuloaga & Morrone (Poaceae) are sufficiently alike to be confused". Taxon. 63 (4): 948–948. doi:10.12705/634.38.