Hormon tumbuhan atau fitohormon merupakan sekumpulan molekul isyarat organik yang terdapat dalam tumbuhan dengan jumlah yang amat kecil. Hormon-hormon ini dapat mempengaruhi pertumbuhan, pembiakan dan pergerakan sesebuah tumbuhan.[1] Hormon dalam tumbuhan dapat dihasilkan oleh sel-sel tumbuhan secara umum, tidak seperti dalam haiwan di mana penghasilan hormon hanya tertakluk kepada kelenjar-kelenjar khusus.[2][3] Hormon tumbuhan boleh dihasilkan sendiri (endogen) ataupun dibekalkan dari luar (eksogen).

Perbandingan antara tumbuhan Arabidopsis thaliana biasa dan tumbuhan yang kekurangan hormon auksin.

Jenis-jenis hormon tumbuhan yang utama termasuklah asid absisik, auksin, sitokinin, etilena dan giberelin.

JenisSunting

Asid absisikSunting

Asid absisik berperanan penting dalam penghambatan pertumbuhan tumbuhan. Selain itu, asid ini juga berperanan dalam penutupan stoma ketika tumbuhan mengalami kehilangan air.

Asid salisilikSunting

Asid salisilik ialah hormon yang berbentuk seperti fenol, dan berperanan dalam pertahanan tumbuhan menentang patogen biotropika. Asid salisilik mempunyai kepentingan dalam bidang perubatan kerana asid salisilik ialah pelopor kepada aspirin.

AuksinSunting

Auksin ialah jenis hormon pengawal pertumbuhan pertama yang ditemui. Auksin berperanan dalam pembesaran sel dan penjanaan pucuk serta akar. Auksin, bersama-sama sitokinin, mengawal pertumbuhan batang, akar, dan tumbuhan serta berperanan dalam penjanaan bunga.

BrasinosteroidSunting

Brasinosteroid ialah satu-satunya kumpulan hormon tumbuhan yang tergolong dalam kumpulan steroid. Brasinosteroid mengawal pemanjangan dan pembahagian sel, gravitropisme, ketahanan terhadap tekanan dan pembezaan xilem.

EtilenaSunting

Etilena (atau etena) ialah satu-satunya hormon tumbuhan yang wujud sebagai gas dalam suhu bilik. Etilena membantu dalam kawalan pematangan buah, percambahan bunga dan keluruhan daun.

GiberelinSunting

Giberelin yang merangkumi pelbagai jenis hormon kimia berfungsi dalam pemanjangan batang, percambahan, perkembangan bunga, dan penuaan daun serta buah.[4]

JasmonatSunting

Jasmonat berperanan penting dalam tindak balas tumbuhan terhadap serangan oleh herbivor sertaa patogen. Jasmonat yang paling utama ialah asid jasmonik.

SitokininSunting

Sitokinin mengawal pembahagian sel tumbuhan dan penghasilan pucuk, serta melambatkan penuaan tisu tumbuhan. Sitokinin, bersama-sama etilena, menghalang penguasaan apeks oleh auksin, dan berperanan dalam penuaan buah, bunga dan daun.

RujukanSunting

  1. ^ Rimando T.J. 1983. Chemical control of plant growth. Dalam Bautista O.K. et al. Introduction to Tropical Agriculture. Department of Horticulture, College of Agriculture, University of The Phillippines at Los Baños. Manila. Hal. 266.
  2. ^ https://biology.tutorvista.com/biomolecules/plant-hormones.html
  3. ^ "Plant Hormones".
  4. ^ Hedden P, Sponsel V (2015). "A Century of Gibberellin Research". Journal of Plant Growth Regulation. 34 (4): 740–60. doi:10.1007/s00344-015-9546-1. PMC 4622167. PMID 26523085.

Pautan luarSunting