Hormuz
gabenor dan panglima perang tentera Parsi Sassanid
Hormuz ialah seorang gabenor dan panglima perang tentera Parsi Sassanid yang berpengalaman luas dalam peperangan. Terlibat penuh dalam siri Peperangan Sassanid-Byzantine, Hormuz ialah seorang yang cekap dan handal dalam menunggang kuda serta mampu menyusun strategi untuk bertahan.
Beliau dibunuh oleh panglima Islam Khalid ibn al-Walid dalam Perang Berantai (Mauqi'ah Zatus-Salasil) pada April 633 di Kazima.