Hubungan Malaysia–Uzbekistan

Hubungan Malaysia–Uzbekistan merujuk kepada hubungan luar antara negara Malaysia dengan Uzbekistan. Malaysia mempunyai kedutaan di Tashkent,[1] dan Uzbekistan mempunyai kedutaan di Ampang, Selangor.[2] Kedua-dua negara mengekalkan hubungan baik.[3]

Hubungan Malaysia–Uzbekistan
Peta menunjukkan lokasi Malaysia dengan Uzbekistan

Malaysia

Uzbekistan

Sejarah sunting

Hubungan diplomatik dua hala telah diwujudkan pada 1992, dan Malaysia membuka kedutaannya di Tashkent pada 1993.[4] Sejak 1992, Presiden Uzbekistan Islam Karimov telah melakukan beberapa lawatan ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia sebagai sebahagian daripada lawatan terpanjangnya ke luar negara.[5]

Hubungan ekonomi sunting

Kedua-dua negara sedang membangunkan hubungan dalam bidang kerjasama ekonomi dan pelaburan, minyak dan gas, pendidikan dan pelancongan.[4] Ramai pelabur Malaysia juga telah mula menjalankan perniagaan di Uzbekistan.[4] Pada tahun 2012, selepas 20 tahun hubungan persahabatan, Persatuan Persahabatan Malaysia dan Uzbekistan (MAUFA) telah ditubuhkan.[6] Persatuan itu juga mewujudkan projek bersama dalam bidang pelancongan pendidikan, pelancongan foto, pertukaran pelajar, media massa dan TMK.[7] Pada 2011, banyak projek bersama beroperasi di Uzbekistan, terutamanya dalam industri minyak dan gas, pembuatan tekstil, perabot dan produk elektrik.[8] Uzbekistan juga berminat untuk belajar daripada industri pelancongan Malaysia.[9]

Rujukan sunting

  1. ^ "Embassy of Malaysia, Tashkent". Ministry of Foreign Affairs, Malaysia. Dicapai pada 6 Januari 2014.
  2. ^ "Embassy Of The Republic Of Uzbekistan In Malaysia". Uzbekistan Embassy. Dicapai pada 6 Januari 2014.
  3. ^ George Ginsburgs; Alvin Z. Rubinstein; Oles M. Smolansky (1 Januari 1993). Russia and America: From Rivalry to Reconciliation. M.E. Sharpe. m/s. 148–. ISBN 978-0-7656-3946-2.
  4. ^ a b c "Interview of Ambassador of Malaysia to Uzbekistan". The Government of the Republic of Uzbekistan. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2014. Dicapai pada 6 Januari 2014.
  5. ^ S. Frederick Starr (1 Januari 1994). The Legacy of History in Russia and the New States of Eurasia. M.E. Sharpe. m/s. 224–. ISBN 978-0-7656-1398-1.
  6. ^ "Malaysia, Uzbekistan association to boost ties". New Straits Times. 22 Mac 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2014. Dicapai pada 6 Januari 2014.
  7. ^ "DELEGATION OF "MALAYSIA-UZBEKISTAN" FRIENDSHIP ASSOCIATION LED BY ITS CHAIRMAN ABDUL HALIM HAJI AHMAD VISITED TASHKENT". National Television and Radio Company of Uzbekistan. 23 October 2012. Dicapai pada 6 Januari 2014.
  8. ^ D. Azizov (7 September 2011). "Uzbekistan, Malaysia mull bilateral relations". Trend. Dicapai pada 6 Januari 2014.
  9. ^ "Uzbekistan To Learn From Malaysia On Drawing More Tourists". 12news.uz. 18 June 2012. Dicapai pada 6 Januari 2014.